Muat turun foto ke Mac anda dari iCloud
Foto iCloud memuat naik foto anda ke iCloud dan memindahkannya secara automatik ke Mac anda dan peranti iOS serta iPadOS anda. Anda tidak perlu memuat naik atau memuat turun foto—Foto iCloud melakukannya untuk anda. Foto iCloud menyimpan foto asal anda dalam iCloud. Anda juga boleh menyimpan versi asal dalam Pustaka Foto Sistem anda pada Mac anda. Atau anda boleh menyimpan imej kecil (versi lebih kecil) foto anda pada Mac anda untuk menjimatkan ruang storan. Jika anda memilih untuk menyimpan versi yang lebih kecil, iCloud memuat turun foto asal yang lengkap setiap kali anda memilihnya untuk dilihat atau diedit, supaya anda sentiasa bekerja dengan foto saiz penuh asal. Lihat Tukar keutamaan dalam Foto pada Mac.
Anda boleh membuat salinan foto anda untuk digunakan dalam app lain pada Mac anda. Anda tidak perlu memuat turunnya daripada iCloud; anda hanya pilih foto dan eksportnya daripada Pustaka Foto Sistem anda supaya app lain boleh mengaksesnya.
Dalam app Foto pada Mac anda, pilih foto yang anda mahu eksport.
Pilih Fail > Eksport > Eksport [n] Foto, kemudian pilih seting eksport yang anda mahu dan klik Eksport.
Pilih lokasi dalam Finder atau pada cakera luaran untuk menyimpan fail anda, kemudian klik Eksport.