
Saring dan sekat panggilan dalam app Telefon pada Mac
Anda boleh mengelak panggilan tidak diingini dengan mengenal pasti pemanggil, menyekat orang tertentu dan menghantar pemanggil tidak dikenali serta spam terus ke mel suara.
Pergi ke app Telefon
pada Mac anda.
Pilih Telefon > Seting, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Sekat panggilan suara, panggilan FaceTime dan mesej daripada orang tertentu: Klik Disekat, kemudian klik
untuk menambah kenalan ke senarai Disekat anda.
Nyahsekat pemanggil disekat: Klik Disekat, kemudian klik
untuk mengeluarkan kenalan daripada senarai Disekat anda.
Hantarkan pemanggil tidak dikenali ke mel suara: Klik Panggilan, kemudian pilih Pemanggil Tidak Dikenali. Anda menerima pemberitahuan untuk panggilan daripada orang dalam kenalan anda, panggilan keluar terbaharu dan Cadangan Siri.
Saring atau senyapkan pemanggil tidak dikenali: Klik Panggilan, kemudian pilih sama ada untuk meminta sebab panggilan daripada pemanggil tidak dikenali atau menyenyapkan pemanggil tidak dikenali.
Jika anda memilih untuk menyaring pemanggil tidak dikenali, panggilan daripada nombor tidak disimpan dijawab secara automatik tanpa mengganggu anda. Setelah pemanggil berkongsi nama mereka dan sebab mereka membuat panggilan, app Telefon berdering dan anda boleh menentukan sama ada anda mahu mengangkat panggilan.