Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat dan padamkan sejarah panggilan anda dalam app Telefon pada Mac
Anda boleh melihat sejarah panggilan anda pada Mac anda dan memadamkan panggilan terbaharu.
Nota: Pembawa anda mungkin mempunyai lebih banyak maklumat tentang panggilan yang dipadamkan atau sejarah panggilan terdahulu.

Pergi ke app Telefon
pada Mac anda.Klik
, kemudian klik Panggilan, Tidak Dijawab atau Pemanggil Tidak Dikenali.Lakukan mana-mana yang berikut:
Padamkan panggilan: Seret panggilan ke kiri, kemudian klik Padam.
Dapatkan butiran lanjut tentang sejarah panggilan anda: Pilih panggilan untuk melihat maklumat tentang pemanggil dan sejarah panggilan anda dengan pemanggil.
Sekat pemanggil: Seret panggilan ke kiri, kemudian klik Sekat dan Laporkan Spam.