
Tukar seting Telefon pada Mac
Untuk menukar seting dalam app Telefon
pada Mac anda, pilih Telefon > Seting, kemudian klik Umum, Panggilan atau Disekat.
Umum
Gunakan anak tetingkap Umum dalam seting Telefon untuk menukar nada dering anda dan mengesetkan app lalai untuk menerima panggilan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Akaun Apple | Lihat akaun yang anda boleh buat dan terima panggilan. Mac dan iPhone anda mesti didaftar masuk ke Akaun Apple yang sama untuk menggunakan app Telefon. | ||||||||||
Nada Dering | Pilih bunyi yang dimainkan apabila anda menerima panggilan. | ||||||||||
Lokasi | Tukar negara atau rantau tempat akaun FaceTime anda didaftarkan untuk memastikan panggilan anda menggunakan format nombor telefon yang betul. | ||||||||||
Lalai untuk panggilan | Pilih app lalai untuk digunakan bagi panggilan, termasuk panggilan yang dibuat dengan mengklik pautan nombor telefon. Pilihan ini hanya kelihatan jika anda mempunyai lebih daripada satu app panggilan pada Mac anda. | ||||||||||
Lihat cara data anda diurus | Ketahui cara app Telefon direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membenarkan anda memilih perkara yang anda kongsi. | ||||||||||
Panggilan
Gunakan anak tetingkap Panggilan dalam Telefon untuk menukar pilihan untuk panggilan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengesanan Bantuan Penahanan | Kesan apabila panggilan anda ditahan dan terima pemberitahuan apabila masa untuk mengangkat panggilan. | ||||||||||
Mel Suara Langsung | Lihat transkripsi mesej yang seseorang tinggalkan untuk anda. | ||||||||||
Saring Pemanggil Tidak Dikenali | Tanya pemanggil tidak dikenali untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum panggilan berdering atau senyapkan mereka. | ||||||||||
Penapisan Panggilan | Senyapkan panggilan daripada nombor tidak diketahui. | ||||||||||
Lihat cara data anda diurus | Ketahui cara app Telefon direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membenarkan anda memilih perkara yang anda kongsi. | ||||||||||
Disekat
Gunakan anak tetingkap seting Disekat untuk mengurus orang yang boleh memanggil anda dalam app Telefon pada Mac.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Disekat | Tambah atau keluarkan kenalan yang boleh memanggil anda. | ||||||||||