
Tukar seting Telefon pada Mac
Untuk menukar seting dalam app Telefon pada Mac anda, pilih Telefon > Seting, kemudian klik Umum, Panggilan atau Disekat.
Umum
Gunakan anak tetingkap Umum dalam seting Telefon untuk menukar nada dering anda dan mengesetkan app lalai untuk menerima panggilan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mulakan panggilan baharu dari | Pilih nombor atau Akaun Apple yang memulakan panggilan baharu. | ||||||||||
Nada Dering | Pilih bunyi yang dimainkan apabila anda menerima panggilan. | ||||||||||
Lokasi | Tukar negara atau rantau tempat akaun FaceTime anda didaftarkan untuk memastikan panggilan anda menggunakan format nombor telefon yang betul. | ||||||||||
Lihat cara data anda diurus | Ketahui cara app Telefon direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membenarkan anda memilih perkara yang anda kongsi. |
Panggilan
Gunakan anak tetingkap Panggilan dalam Telefon untuk menukar pilihan untuk panggilan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Panggilan dari iPhone | Gunakan akaun selular iPhone anda untuk membuat dan menerima panggilan apabila iPhone anda berdekatan dan menggunakan Wi‑Fi. | ||||||||||
Mel Suara Langsung | Lihat transkripsi mesej yang seseorang tinggalkan untuk anda. | ||||||||||
Kesan Panggilan Menunggu | Kesan apabila panggilan anda ditahan dan terima pemberitahuan apabila masa untuk mengangkat panggilan. | ||||||||||
Penapisan Panggilan | Senyapkan panggilan daripada nombor tidak diketahui. | ||||||||||
Saring Pemanggil Tidak Dikenali | Tanya pemanggil tidak dikenali untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum panggilan berdering atau senyapkan mereka. | ||||||||||
Lihat cara data anda diurus | Ketahui cara app Telefon direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membenarkan anda memilih perkara yang anda kongsi. |
Disekat
Gunakan anak tetingkap seting Disekat untuk mengurus orang yang boleh memanggil anda dalam app Telefon pada Mac.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Disekat | Tambah atau keluarkan kenalan yang boleh memanggil anda. |