Gunakan iTunes atau Finder untuk memindahkan dokumen Pages
Jika Mac anda mempunyai macOS Mojave 10.14 atau lebih awal dipasang, anda boleh menggunakan iTunes pada komputer anda untuk memindahkan dokumen secara terus antara iPhone atau iPad anda dan komputer anda. Jika Mac anda mempunyai macOS Catalina 10.15 dipasang, anda boleh menggunakan Finder untuk memindahkan dokumen antara peranti. Kaedah ini berguna untuk memindahkan dokumen apabila anda tidak menggunakan iCloud.
Anda juga boleh memindahkan dokumen Microsoft Word dengan cara ini, kemudian membukanya dalam Pages.
Pindahkan dokumen daripada komputer anda dengan iTunes
Sambungkan iPhone atau iPad anda ke komputer anda dan buka iTunes dalam komputer anda jika ia tidak terbuka secara automatik.
Selepas seketika, butang Peranti muncul dalam iTunes (berdekatan penjuru kiri atas tetingkap).
Dalam iTunes, klik butang Peranti, kemudian klik Perkongsian Fail dalam bar sisi.
Dalam senarai di sebelah kiri, pilih app Pages, kemudian ketik Tambah.
Pilih dokumen, kemudian klik Tambah.
Dokumen muncul dalam senarai Dokumen Pages dalam iTunes.
Buka Pages pada iPhone atau iPad anda.
Ketik app Fail pada skrin Utama, ketik Layari di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Pada iPhone Saya atau Pada iPad Saya.
Untuk membuka dokumen pada peranti anda, ketik folder Pages, kemudian ketik imej kecil dokumen.
Pindahkan dokumen ke komputer anda dengan iTunes
Jika dokumen belum disimpan pada peranti anda, alihkan dokumen ke peranti anda.
Sambungkan iPhone atau iPad anda ke komputer anda dan buka iTunes dalam komputer anda jika ia tidak terbuka secara automatik.
Selepas seketika, butang Peranti muncul dalam iTunes (berdekatan penjuru kiri atas tetingkap).
Dalam iTunes, klik butang Peranti, kemudian klik Perkongsian Fail dalam bar sisi.
Dalam senarai di sebelah kiri, pilih app Pages, kemudian pilih dokumen yang anda mahu pindahkan.
Klik Simpan, pilih lokasi, kemudian klik Simpan.
Pindahkan dokumen daripada komputer anda dengan Finder
Sambungkan iPhone atau iPad ke komputer anda (dengan macOS Catalina dipasang), kemudian buka Finder.
Selepas seketika, peranti kelihatan dalam bar sisi tetingkap Finder.
Pilih peranti dalam bar sisi, kemudian pilih Fail dalam tetingkap utama di bawah maklumat peranti.
Seret fail dokumen yang anda mahu pindahkan ke folder Pages.
Dokumen muncul di bawah Pages dalam tetingkap Finder.
Klik Selaraskan, kemudian tunggu untuk penyelarasan selesai.
Ketik app Fail pada skrin Utama, ketik Layari di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Pada iPhone Saya atau Pada iPad Saya.
Untuk membuka dokumen pada peranti anda, ketik folder Pages, kemudian ketik imej kecil dokumen.
Pindahkan dokumen ke komputer anda dengan Finder
Jika dokumen belum disimpan pada peranti anda, alihkan dokumen ke peranti anda.
Sambungkan iPhone atau iPad ke komputer anda (dengan macOS Catalina dipasang), kemudian buka Finder.
Selepas seketika, peranti kelihatan dalam bar sisi tetingkap Finder.
Pilih peranti dalam bar sisi, kemudian pilih Fail dalam tetingkap utama di bawah maklumat peranti.
Buka folder untuk app Pages, pilih dokumen yang anda mahu pindahkan, kemudian seretnya ke lokasi baru pada komputer anda.