Cipta dokumen pertama anda dalam Pages pada Mac
Anda boleh mencipta dokumen pemprosesan perkataan dan tataletak halaman menggunakan sebarang templat Pages. Untuk mencipta dokumen pemprosesan perkataan atau dokumen tataletak halaman dengan cepat, lihat dua tugas pertama di bawah. Untuk melihat pilihan pemformatan dan reka bentuk yang lebih terperinci (termasuk pemformatan untuk bahasa lain), lihat tugas ketiga.
Cipta dokumen pemprosesan perkataan asas
Untuk membuka Pages, klik ikon Pages dalam Dock, Launchpad atau folder Aplikasi.
Jika pemilih templat tidak muncul, klik Dokumen Baru di penjuru kiri bawah dialog.
Dwiklik salah satu templat kosong dalam kategori Asas.
Mula menaip.
Halaman baru ditambah secara automatik apabila anda mencapai hujung halaman.
Untuk menyimpan dokumen anda, pilih Fail > Simpan.
Dalam dialog yang muncul, taipkan tajuk dalam medan Simpan Sebagai, pilih tempat yang mahu simpannya, kemudian klik Simpan.
Untuk mendapatkan maklumat pengenalan tentang memilih templat, menambah imej dan menggantikan teks dan imej ruang letak, lihat Cipta dan format dokumen, di bawah.
Cipta dokumen tataletak halaman asas
Untuk membuka Pages, klik ikon Pages dalam Dock, Launchpad atau folder Aplikasi.
Jika pemilih templat tidak muncul, klik Dokumen Baru di penjuru kiri bawah dialog.
Dwiklik salah satu templat kosong dalam kategori Asas.
Klik dalam bar alat untuk membuka kawalan pemformatan dokumen.
Nyahpilih kotak semak Isi Dokumen, kemudian klik Tukar dalam dialog.
Anda boleh menggunakan kaedah ini untuk menukar sebarang templat pemprosesan perkataan kepada templat tataletak halaman.
Klik Teks dalam bar alat untuk menambah kotak teks, kemudian mula menaip.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut untuk melaraskan kotak teks:
Gerakkannya: Klik di luar kotak teks untuk nyahpilih teks, kemudian seret kotak teks ke mana-mana pada halaman.
Saiz semula ia: Klik di luar kotak teks untuk nyahpilih teks, kemudian klik kotak teks untuk menunjukkan pemegang saiz semula segi empat. Seret pemegang di atas, bawah, atau sisi untuk mensaiz semula kotak teks secara mendatar atau menegak, atau seret pemegang penjuru untuk mensaiz semula kotak teks secara berkadaran. Jika penunjuk pemangkasan muncul di bahagian bawah, seretnya sehingga semua teks kelihatan.
Untuk menyimpan dokumen anda, pilih Fail > Simpan.
Dalam dialog yang muncul, taipkan tajuk dalam medan Simpan Sebagai, pilih tempat yang mahu simpannya, kemudian klik Simpan.
Untuk mendapatkan maklumat pengenalan tentang memilih templat, menambah imej dan objek lain serta menambah halaman, lihat Cipta dan format dokumen, di bawah.
Cipta dan format dokumen
Untuk membuka Pages, klik ikon Pages dalam Dock, Launchpad atau folder Aplikasi.
Jika pemilih templat (ditunjukkan di bawah) tidak muncul, klik Dokumen Baru di penjuru kanan bawah dialog. Anda juga boleh menahan kekunci Option dan memilih Fail > Baru (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Nota: Jika anda mahu keupayaan untuk memformat data jadual dan carta menggunakan konvensyen bahasa berlainan, pilih bahasa di penjuru kiri bawah sebelum memilih templat. Lihat Tukar bahasa dan format dokumen.
Dalam pemilih templat, layari templat mengikut kategori atau klik Semua Templat, kemudian dwiklik templat untuk membukanya.
Untuk melihat sama ada templat direka bentuk untuk dokumen pemprosesan perkataan atau tataletak halaman, klik dalam bar alat. Jika terdapat tab Penanda Buku di bahagian atas bar sisi, ia ialah dokumen pemprosesan perkataan. Jika tidak, ia ialah dokumen tataletak halaman.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah atau edit teks: Dalam dokumen pemprosesan perkataan, hanya mula menaip. Titik sisipan berkelip menunjukkan tempat teks anda bermula. Dalam dokumen tataletak halaman, tambah kotak teks (lihat di bawah), kemudian taip. Untuk mengedit teks, pilih teks, kemudian taip. Untuk memformatkan teks dipilih, gunakan kawalan dalam bar sisi Format di sebelah kanan.
Gantikan teks ruang letak: Klik teks ruang letak, kemudian taip teks anda sendiri. Sesetengah templat menyertakan teks ruang letak yang ditulis dalam lorem ipsum (Latin terkarau), tetapi teks anda taipkan untuk menggantikannya kelihatan dalam bahasa yang anda gunakan.
Tambah kotak teks, imej, bentuk atau objek baru yang lain: Klik butang objek dalam bar alat.
Gantikan imej ruang letak: Klik di penjuru kanan bawah imej ruang letak untuk memilih imej pada komputer anda atau seret imej daripada Mac anda atau halaman web ke imej ruang letak.
Tambah halaman: Dalam dokumen pemprosesan perkataan, halaman baru ditambahkan secara automatik apabila anda menaip sehingga ke akhir halaman. Dalam dokumen tataletak halaman, anda perlu menambah halaman kosong secara manual—klik halaman yang anda mahu halaman baru untuk ikut, kemudian klik butang Masukkan Halaman dalam bar alat. (Anda juga boleh menggunakan kaedah ini untuk menambah halaman secara manual ke dokumen pemprosesan perkataan.) Lihat Tambah, padam dan susun semula halaman.
Buat asal atau buat semula perubahan terbaru: Pilih Edit > Buat Asal atau Edit > Buat Semula (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda).
Untuk menamakan dokumen anda dan memilih tempat untuk menyimpannya, pilih Fail > Simpan, masukkan nama, pilih lokasi, kemudian klik Simpan.
Jika iCloud Drive disediakan pada Mac anda, Pages menyimpan dokumen anda di situ secara lalai.
Untuk menutup dokumen selepas anda selesai bekerja, klik butang tutup merah di sudut kiri atas tetingkap.
Pages menyimpan perubahan anda secara automatik, jadi anda tidak akan kehilangan sebarang kerja anda.