Jemput orang lain untuk bekerjasama dalam Pages pada Mac
Anda boleh menjemput orang lain untuk bekerjasama dengan anda pada dokumen pada masa nyata dengan menghantar mereka pautan kepadanya. Semua orang yang bekerjasama pada dokumen boleh membuat perubahan semasa ia dibuat.
Secara lalai, hanya orang yang anda jemput untuk bekerjasama pada dokumen tersebut boleh mengakses dan membuat perubahan kepadanya. Anda boleh membenarkan sesiapa yang mempunyai pautan untuk mengakses dokumen. Jika anda tidak mahu orang lain membuat perubahan, anda boleh setkan keizinan dokumen ke lihat sahaja.
Jemput orang untuk bekerjasama
Arahan ini menganggap anda mendaftar masuk pada komputer anda dengan Apple ID anda dan Pages disediakan untuk menggunakan iCloud Drive.
Klik dalam bar alat Pages.
Jika dokumen tidak disimpan dalam iCloud Drive, anda akan melihat gesaan untuk mengalihkannya ke situ.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Pilihan Perkongsian, kemudian klik menu timbul “Orang yang boleh mengakses”, kemudian pilih pilihan:
Hanya orang dijemput: Hanya orang yang mendaftar masuk dengan Apple ID boleh membuka dokumen. Orang tidak perlu mempunyai Apple ID sebelum anda menjemput mereka; tetapi, mereka perlu menciptanya sebelum mereka boleh membuka dokumen dikongsi anda.
Jika anda menjemput seseorang menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang tidak berkaitan dengan Apple ID mereka, mereka tidak akan dapat menerima jemputan sehingga mereka menambah alamat e-mel atau nombor telefon ke Apple ID mereka. Arahan disediakan apabila mereka ketik atau klik pautan dalam jemputan.
Sesiapa dengan pautan: Sesiapa dengan pautan ke dokumen dikongsi boleh mengetik atau mengklik pautan untuk membuka dokumen. Untuk melindunginya dengan kata laluan, klik Tambah Kata Laluan.
Jika dokumen ini sudah mempunyai kata laluan, ia juga digunakan untuk dokumen dikongsi, jadi anda tidak perlu memasukkan yang baru. Jika anda mahu menukarnya, klik Tukar Kata Laluan.
Klik menu timbul Keizinan, kemudian pilih pilihan:
Boleh membuat perubahan: Orang lain boleh mengedit dan mencetak dokumen dikongsi.
Lihat sahaja: Orang boleh melihat dan mencetak dokumen dikongsi tetapi tidak boleh mengeditnya.
Jika anda setkan akses ke “Hanya orang dijemput” (dalam langkah 2), anda boleh menukar seting keizinan individu selepas anda berkongsi dokumen.
Klik kaedah untuk menghantar pautan:
Mail atau Mesej: Klik Kongsi, kemudian taip satu atau lebih alamat e-mel atau nombor telefon. Tambah sebarang maklumat yang anda mahu masukkan, kemudian klik Hantar.
Perkhidmatan internet: Untuk menghantar pautan menggunakan perkhidmatan seperti Twitter, akaun tersebut mesti telah disediakan pada Mac anda. Klik butang untuk perkhidmatan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Jika akses dokumen disetkan ke “Hanya orang anda jemput”: Masukkan alamat e-mel atau nombor telefon orang yang anda mahu jemput, kemudian klik Kongsi. Tambah sebarang maklumat yang anda mahu masukkan, kemudian klik Siar.
Jika akses dokumen disetkan ke “Sesiapa dengan pautan”: Klik Kongsi, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon (jika diminta), kemudian hantar atau siar pautan tersebut.
Nota: Untuk menyediakan perkhidmatan, pilih Apple menu > Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet. Untuk menggunakan perkhidmatan yang tidak disenaraikan, klik Salin Pautan, buka app di mana anda ingin kongsinya, kemudian pilih Edit > Tampal, atau tekan Command-V pada papan kekunci anda.
Penting: Apabila anda klik Kongsi, pautan ke dokumen (termasuk tajuknya) dicipta pada iCloud. Jika tajuk atau kandungan dokumen adalah sulit, pastikan meminta penerima agar tidak memajukan pautan kepada orang lain.
Pautan muncul di bahagian isi e-mel, mesej, atau siaran bersama tajuk dokumen—pastikan untuk tidak mengedit atau memadamnya.
Selepas anda berkongsi dokumen, tanda semak muncul pada butang Bekerjasama untuk menandakan dokumen telah dikongsi.
Jemput lebih ramai orang
Jika anda adalah pemilik dokumen dikongsi dengan akses disetkan ke “Hanya orang anda jemput,” anda boleh menjemput banyak lagi orang.
Nota: Jika akses dokumen disetkan ke “Sesiapa dengan pautan,” anda tidak boleh menjemput orang baru seperti yang diterangkan dalam tugas ini. Sebaliknya, hantar mereka pautan tersebut (lihat tugas seterusnya).
Klik dalam bar alat, kemudian klik Tambah Orang di bahagian bawah senarai peserta.
Klik menu timbul Keizinan, kemudian setkan keizinan untuk orang baru.
Seting ini hanya mempengaruhi orang baru anda akan jemput, ia tidak mengubah keizinan orang yang anda telah jemput.
Hantar atau siar pautan.
Pautan mungkin muncul di bahagian isi e-mel, mesej, atau siaran sebagai grafik digayakan dengan tajuk dokumen—pastikan tidak mengedit atau memadamnya.
Anda boleh tukar keizinan individu untuk orang baru selepas anda menghantar atau menyiar pautan.
Untuk butiran tentang seting keizinan dan menghantar pautan, lihat “Jemput orang untuk bekerjasama,” di atas.
Hantar pautan ke lebih ramai orang
Jika akses dokumen anda disetkan ke "Sesiapa dengan pautan," anda boleh memberi orang baru akses ke dokumen hanya dengan menghantar pautan dokumen kepada mereka.
Nota: Jika akses dokumen disetkan ke “Hanya orang dijemput,” anda menambah orang baru dengan menghantar jemputan untuk bekerjasama kepada mereka (lihat tugasan di atas).
Klik dalam bar alat, kemudian klik Hantar Pautan.
Klik kaedah untuk menghantar pautan, kemudian klik Teruskan.
Alamatkan e-mel, mesej, atau siaran, kemudian hantar atau siarkan pautan.
Untuk butiran tentang menghantar pautan, lihat “Jemput orang untuk bekerjasama,” di atas.
Salin dan tampal pautan
Mana-mana peserta boleh menyalin pautan dokumen dan tampalnya di tempat lain. Anda mungkin mahu lakukannya, sebagai contoh, untuk menyimpan pautan di mana anda boleh akses dengan mudah.
Jika pemilik mengehadkan akses hanya kepada orang yang mereka jemput, pautan hanya berfungsi untuk peserta yang dijemput.
Klik dalam bar sisi, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Ketik Salin Pautan (atau jika anda pemilik, klik Pilihan Perkongsian, kemudian klik Salin Pautan). Anda boleh melihat pilihan ini jika dokumen dikongsi hanya dengan jemputan.
Klik Hantar Pautan, Klik Salin Pautan, kemudian klik Teruskan. Anda melihat pilihan ini jika dokumen dikongsi dengan sesiapa yang mempunyai pautan.
Klik di mana anda mahu menampal pautan, kemudian pilih Edit > Tampal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin), atau tekan Command-V pada papan kekunci anda.
Petua: Jika dokumen dilindungi oleh kata laluan, untuk tujuan keselamatan jangan menghantar kata laluan dengan pautan.