Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 13.2
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Pengenalan kepada Pages pada Mac
Anda boleh menggunakan Pages untuk mencipta sebarang jenis dokumen yang anda mahukan, daripada dokumen pemprosesan perkataan biasa yang kebanyakannya teks, kepada dokumen tataletak halaman dengan grafik, pengendalian fon yang menarik dan banyak lagi.
Untuk mencipta sebarang dokumen, anda sentiasa bermula dengan templat, kemudian ubah suainya mengikut pilihan anda. Templat direka bentuk untuk tujuan tertentu—seperti esei, surat berita dan buku—untuk memberikan anda titik mula yang hebat untuk kerja anda.
Selepas anda membuka templat, anda boleh menambahkan teks anda sendiri, menggantikan atau memadamkan grafik ruang letak dan menambahkan objek baharu (jadual, carta, kotak teks, bentuk, garis dan media).
Untuk mengubah suai teks dan objek dalam dokumen, anda gunakan kawalan format dan tataletak dalam bar sisi di sebelah kanan tetingkap Pages (ditunjukkan di bawah). Bar sisi menunjukkan kawalan untuk teks atau objek yang anda pilih sahaja.
Bar sisi lain (di kiri dan kanan) mempunyai kawalan untuk memformat dokumen anda, menyemak komen dan perubahan, melihat imej kecil halaman bagi menavigasi dokumen dan banyak lagi.
Anda boleh menukar rupa objek yang dipilih (imej, bentuk, jadual atau carta) dengan mengklik satu daripada enam gaya berhampiran atas bar sisi Format. Gunakan kawalan lain dalam bar sisi untuk menyesuaikan objek mengikut keinginan anda. Untuk lebih banyak pilihan pemformatan, klik tab di atas bar sisi.
Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Pages 13.2 pada Mac anda. (Untuk melihat versi Pages yang anda miliki, pilih Pages > Perihal Pages daripada menu Pages di bahagian atas skrin anda.)
Untuk meneroka Panduan Pengguna Pages, klik salah satu pautan “Lihat juga” di bawah, klik butang Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.
Pages 13.2 untuk Mac memerlukan macOS 13 atau lebih baharu. Pages tersedia dalam App Store dan memerlukan Apple ID untuk dimuat turun. Ciri tertakluk kepada perubahan dan sesetengah ciri mungkin memerlukan akses internet. Yuran dan syarat tambahan mungkin dikenakan.