Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 13.2
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Jika anda tidak boleh mencari butang atau kawalan dalam Pages pada Mac
Anda mungkin telah keliru dengan bar menu dan bar alat. Bar menu berada di bahagian teratas skrin anda dan mempunyai menu Apple , kemudian menu Pages, di penjuru kiri atas. Bar alat berada di bahagian atas dokumen Pages anda dan biasanya mempunyai butang Paparan, kemudian menu timbul Zum, di penjuru kiri. Bar menu dan bar alat mempunyai beberapa item dengan nama yang sama (contohnya, Lihat, Masukkan dan Format), namun kesemuanya tidak mempunyai pilihan atau kawalan yang sama.
Anda mungkin telah mengklik keluar daripada Pages secara tidak sengaja. Jika anda mengklik desktop anda atau tetingkap terbuka yang lain, bar menu di bahagian atas skrin anda mungkin menunjukkan menu untuk Finder atau app lain. Klik dokumen Pages dan pastikan bar menu menunjukkan Pages bersebelahan menu Apple .
Jika bar alat tiada butang, ada kemungkinan anda telah menyesuaikan bar alat dengan mengeluarkan butang daripadanya. Pilih Paparan > Sesuaikan Bar Alat (daripada bar menu di bahagian atas skrin anda), kemudian seret butang yang tiada kembali ke bar alat.
Ada kemungkinan bahawa tetingkap Pages terlalu sempit untuk menunjukkan semua butang. Dalam kes ini, anda melihat anak panah kanan berkembar di hujung kanan bar alat. Klik padanya untuk melihat butang tersembunyi atau seret tetingkap menjadi lebih lebar sehingga anda melihat semua butang.
Jika kawalan untuk mengedit teks atau objek tidak kelihatan (seperti menu untuk memilih fon atau saiz fon, atau kawalan untuk menukar warna objek), pastikan bahawa bar sisi yang betul dibuka dan teks atau objek dipilih. Kawalan untuk mengubah suai teks dalam objek atau kotak teks adalah berbeza sedikit daripada kawalan untuk menukar teks isi.