Cipta dan gunakan gaya aksara dalam Pages pada Mac
Gaya aksara ialah set atribut fon—seperti saiz, warna dan gaya seperti tebal, italik dan garis potong—yang menentukan rupa teks. Apabila anda menggayakan teks dengan rupa tertentu, anda boleh menyimpan rupa tersebut sebagai gaya aksara tersuai supaya anda boleh menggunakannya pada teks lain dalam dokumen anda.
Guna gaya aksara
Pilih perkataan yang anda mahu formatkan.
Dalam bar sisi Format , klik butang Gaya berhampiran bahagian atas.
Jika teks berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Dalam bahagian Fon, klik menu timbul bersebelahan Gaya Aksara, kemudian pilih gaya.
Cipta gaya aksara baharu
Pilih satu atau lebih perkataan dengan pemformatan yang anda mahu simpan sebagai gaya.
Dalam bar sisi Format , klik butang Gaya berhampiran bahagian atas.
Jika teks berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Dalam bahagian Fon, klik menu timbul bersebelahan Gaya Aksara, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Cipta gaya baharu dengan nama baharu: Klik di penjuru kanan atas pada menu Gaya Aksara, kemudian taipkan nama untuk gaya.
Cipta gaya baharu berdasarkan gaya sedia ada: Gerakkan penuding ke atas nama gaya dalam senarai, klik anak panah yang kelihatan, kemudian pilih Tentukan Semula daripada Pilihan (aksara yang menggunakan gaya asal tidak berubah).
Taipkan nama untuk gaya.
Nota: Untuk mencipta gaya aksara daripada teks dengan warna latar belakang teks, pilih hanya sebahagian teks, bukan perenggan atau pengepala penuh.
Kemas kini atau tukar kembali gaya aksara
Jika anda menukar rupa aksara yang telah digunakan gaya aksara padanya, asterisk dan dalam sesetengah kes butang Kemas Kini, kelihatan bersebelahan nama gaya dalam menu timbul Gaya Aksara. Ini menunjukkan bahawa gaya mempunyai penggantian untuk aksara tersebut.
Jika anda mahu menyimpan penggantian tanpa mengemas kini gaya, jangan buat apa-apa. Teks mengekalkan perubahan anda dan asterisk kelihatan bersebelahan nama gaya senarai pada bila-bila masa anda memilih teks.
Jika anda tidak mahu menyimpan penggantian, anda boleh menukar kembali ke gaya aksara asal, mengemas kini gaya aksara dengan perubahan anda, atau menggunakan penggantian untuk mencipta gaya aksara baharu.
Pilih satu atau lebih perkataan dengan gaya aksara yang anda ubah suai.
Dalam bar sisi Format , klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika teks berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Dalam bahagian Fon, klik menu timbul bersebelahan Gaya Aksara.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Kemas kini gaya untuk menggunakan penggantian: Klik butang Kemas Kini (jika ada), atau gerakkan penuding ke atas nama gaya, klik anak panah yang kelihatan, kemudian pilihan Tentukan Semula daripada Pilihan. Semua teks dalam dokumen yang menggunakan gaya tersebut turut dikemas kini.
Keluarkan penggantian: Klik nama gaya dalam senarai. Perubahan yang menyebabkan penggantian akan dikeluarkan.
Namakan semula gaya aksara
Klik dalam mana-mana teks, kemudian, dalam bar sisi Format , klik tab butang Gaya berhampiran bahagian atas.
Jika teks berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Dalam bahagian Fon, klik menu timbul bersebelahan Gaya Aksara.
Gerakkan penuding ke atas nama gaya, klik anak panah yang kelihatan, kemudian pilih Nama Semula Gaya.
Taipkan nama baharu untuk gaya.
Padamkan gaya aksara
Klik dalam mana-mana teks, kemudian, dalam bar sisi Format , klik tab butang Gaya berhampiran bahagian atas.
Jika teks berada dalam kotak teks, jadual atau bentuk, klik tab Teks dahulu di bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang Gaya.
Dalam bahagian Fon, klik menu timbul bersebelahan Gaya Aksara.
Gerakkan penuding ke atas nama gaya, klik anak panah yang kelihatan, kemudian pilih Padam Gaya.
Jika gaya sedang digunakan dalam dokumen, anda melihat isyarat dan boleh memilih gaya penggantian.
Jika anda sering menggunakan gaya aksara, anda boleh mencipta pintasan papan kekunci untuk menggunakan gaya.