Baharu dalam Pages 14.0 pada Mac
Pilihan teks tidak berdampingan. (14.0) Pilih berbilang perkataan tidak berdampingan (tidak bersebelahan) atau sebahagian daripada teks menggunakan kekunci Command. Anda boleh menggunakan pilihan teks tidak berdampingan untuk melakukan tindakan yang sama dengan mudah—seperti menukar pemformatan teks atau perenggan—pada pilihan khusus dalam dokumen anda. Lihat Pilih teks.
Sejarah versi
Pages pada Mac dikemas kini secara kerap. Kemas kini adalah terkumpul, jadi apabila anda menggunakan versi terkini Pages, ia mempunyai semua ciri terbaharu. Anda boleh melihat semua ciri baharu yang disertakan dengan setiap keluaran di bawah.
Pages 14.0
Tahan kekunci Command untuk memilih perkataan, ayat atau perenggan yang tidak berdampingan, kemudian tukar gaya, tambah penanda buku dan banyak lagi dengan cepat.
Pemberitahuan in-app yang lancar memaklumkan kepada anda apabila orang menyertai dokumen bekerjasama untuk kali pertama.
Kekalkan format fail dan kualiti penuh apabila menambah foto HEIC yang diambil pada iPhone atau iPad.
Peningkatan kestabilan dan prestasi tambahan.
Pages 13.2
Bawakan dimensi baharu ke dokumen anda dengan objek 3D dalam format USDZ.
Gunakan templat Laporan Minimalis baharu yang menampilkan tipografi, warna dan tataletak yang elegan.
Gayakan perenggan dengan pilihan baharu untuk jidar.
Keluarkan jidar luaran pada carta yang diimport daripada fail Microsoft Office.
Pages 13.1
Mula menulis dalam Nota, kemudian buka nota anda dalam Pages untuk terus mengedit dengan ciri reka bentuk dan tataletak berkuasa.
Tambahkan imej SVG ke dokumen anda dan kekalkan kualiti visual pada sebarang saiz.
Tunjukkan ringkasan carta bertindan dalam bar bertindan, lajur dan carta kawasan.
Cipta laporan perniagaan, kerja sekolah dan kad ucapan dengan templat yang dikemas kini.
Pecahkan imej SVG yang diimport dan simpannya ke pustaka bentuk anda untuk kegunaan masa depan.
Kekalkan imej SVG apabila mengimport buku kepada format EPUB.
Eksport halaman dokumen anda sebagai fail imej.
Pages 13.0
Eksport dan hantar salinan dokumen anda dalam format berbeza terus daripada menu Kongsi.
Templat untuk laporan, nota, surat dan resume kini disertakan dengan teks ruang letak bersama arahan.
Menyertakan peningkatan dan pembetulan pepijat untuk gabungan mel dan aktiviti kerjasama.
Pages 12.2
Kekal dikemas kini pada aktiviti terbaru semua orang dalam dokumen bekerjasama dan dapatkan pemberitahuan apabila orang lain menyertai, meninggalkan komen atau melakukan perubahan.
Kongsi dan lihat kemas kini tentang dokumen anda dalam Mesej dengan mudah.
Urus dokumen dikongsi anda atau hantar salinan daripada menu Fail.
Bermula dengan dokumen Tataletak Kosong untuk menyusun teks dan grafik pada halaman dengan bebas.
Keluarkan latar belakang imej dengan cepat untuk mengasingkan subjeknya.*
Hantar mesej atau mulakan panggilan FaceTime terus daripada dokumen kerjasama.*
Pages 12.1
Gunakan gabungan mel untuk mencipta surat, kad dan sampul surat diperibadikan untuk berbilang penerima dengan cepat.
Pilih daripada tempat baharu bergaya untuk jemputan peristiwa dan sijil pelajar.
Pages 12.0
Terbitkan terus ke Apple Books dengan saiz fail yang lebih besar sehingga 2 GB.
Gunakan Pintasan pada macOS Monterey untuk mencipta dan membuka dokumen.
Baca komen dan jejak perubahan menggunakan VoiceOver.
Pages 11.2
Terbitkan buku dengan hamparan dua halaman, imej yang dioptimumkan dan pemversian yang lebih fleksibel.
Terjemahan segera membolehkan anda menterjemahkan teks kepada sehingga 11 bahasa dan menambahkan terjemahan ke dokumen anda dengan satu klik.*
Kerjasama fleksibel membenarkan peserta menambahkan orang lain ke dokumen yang dikongsi.*
Cipta dokumen baharu daripada ikon app dalam Dock.
Carta radar membantu anda membandingkan berbilang pemboleh ubah pada masa yang sama secara visual untuk menunjukkan persamaan dan perbezaan dalam data anda dengan mudah.
Pages 11.1
Pautan ke halaman web, alamat e-mel dan nombor telefon daripada objek seperti bentuk, garisan, imej, lukisan atau kotak teks.
Pages 11.0
Pelayar media dikemas kini menawarkan pilihan carian yang dipertingkatkan dan kategori kandungan baharu seperti Terbaharu, Potret dan Live Photos.
Tambahkan pautan nombor telefon ke sel jadual, objek teks dan bentuk.
Gunakan AppleScript untuk menukar kata laluan dokumen atau membuka dokumen yang dilindungi kata laluan.