Gunakan iCloud Drive dengan Pages pada Mac
Apabila iCloud Drive diaktifkan untuk peranti anda, iCloud Drive menyimpan dokumen anda dan memastikannya kekal terkini pada komputer, peranti iOS dan peranti iPadOS anda yang mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Anda sentiasa melihat versi terkini dokumen anda, tidak kira tempat anda membuat pengeditan terakhir anda.
Untuk penyelarasan lancar dokumen, gunakan iCloud Drive dan peranti yang memenuhi keperluan sistem minimum: macOS 11, iOS 14 atau iPadOS 14. Pada iPhone atau iPad, item yang disimpan dalam iCloud Drive muncul dalam pengurus dokumen.
Anda juga boleh menggunakan Pages untuk iCloud untuk mencipta dan mengedit dokumen Pages menggunakan pelayar web yang disokong pada komputer Mac atau Windows.
Sediakan iCloud Drive pada Mac anda
Pilih menu Apple > Seting Sistem (atau Keutamaan Sistem), kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Jika anda telah mendaftar masuk pada Mac anda dengan Apple ID: Klik Apple ID (di sebelah kanan nama anda).
Jika anda tidak mendaftar masuk dengan Apple ID: Klik Daftar Masuk, masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian ikuti arahan.
Jika anda tidak mempunyai Apple ID: Klik Cipta Apple ID untuk mendapatkannya, kemudian daftar masuk.
Penting: Jika anda terlupa Apple ID anda atau kata laluannya, anda boleh memulihkannya pada tapak web Apple ID. Walaupun anda boleh mempunyai lebih daripada satu Apple ID, ia tidak disyorkan. Pembelian yang dibuat menggunakan satu Apple ID tidak boleh digabungkan dengan pembelian yang dibuat menggunakan Apple ID lain.
Pilih kotak semak iCloud Drive.
Dengan macOS Catalina 10.15 atau lebih baharu, jika anda tidak melihat kotak semak, klik iCloud dalam lajur di sebelah kiri.
Klik Pilihan bersebelahan kotak semak iCloud Drive, kemudian pilih kotak semak Pages.
Apabila iCloud Drive dinyahaktifkan untuk Pages pada Mac anda, dokumen baharu yang anda cipta atau pengeditan yang anda lakukan tidak disimpan ke iCloud. Begitu juga, dokumen baharu yang anda cipta atau pengeditan yang anda lakukan pada peranti anda atau pada komputer anda yang lain tidak tersedia dalam Pages pada Mac anda.
Buka app web Pages untuk iCloud
Dokumen yang anda cipta menggunakan Pages untuk iCloud tersedia secara automatik dalam Pages pada Mac, iPhone dan iPad anda yang disediakan untuk menggunakan iCloud dan mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Begitu juga, jika anda mencipta dokumen menggunakan Pages pada iPhone, iPad, atau Mac, dokumen muncul secara automatik dalam Pages untuk iCloud.
Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda dan menggunakan iCloud Drive. Untuk menyemak, lakukan salah satu daripada berikut:
macOS Ventura 13 atau lebih baharu: Pilih menu Apple > Seting Sistem > Apple ID > iCloud Drive, klik Pilihan, kemudian pastikan kotak semak Pages dipilih.
macOS 12 atau lebih lama: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem > Apple ID, klik Pilihan bersebelahan kotak semak iCloud Drive, kemudian pastikan kotak semak Pages dipilih. (Jika anda tidak melihat Pilihan, pastikan kotak semak iCloud Drive dipilih.)
Pada komputer Mac atau Windows anda, pergi ke iCloud.com dan daftar masuk menggunakan Apple ID yang sama.
Klik Pages.
Lihat Bantuan Pages untuk iCloud untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan Pages untuk iCloud.
Petua untuk mengurus dokumen merentas komputer dan peranti
Di bawah ini ialah beberapa perkara yang perlu diingati tentang menggunakan iCloud untuk menguruskan dokumen anda merentas peranti:
Jika anda mengedit dan kemudian menutup dokumen semasa anda tidak disambungkan ke internet, anda akan melihat ikon awan bersebelahan imej kecil dokumen dalam dialog Buka pada Mac anda. Pada kali seterusnya anda bersambung ke internet, dokumen yang diedit akan diselaraskan ke iCloud.
Jika anda edit dokumen pada berbilang komputer atau peranti dan tidak memberikan masa untuk pengeditan anda diselaraskan, anda akan melihat konflik. Jika anda menghadapi konflik, anda boleh memilih untuk mengekalkan sebarang atau semua versi tersebut. (Ini hanya tertakluk pada dokumen yang tidak dikongsi dengan lain.)
Jika anda padamkan dokumen yang dikongsi dengan anda, ia juga dipadamkan daripada iCloud Drive dan Pages pada semua peranti anda. Anda boleh klik pautan dikongsi itu lagi untuk menambah semula dokumen itu ke iCloud Drive anda, menjadikannya tersedia semula pada semua komputer dan peranti anda dengan iCloud diaktifkan.
Jika anda menggunakan folder untuk menyusun dokumen anda pada satu peranti, susunan folder yang sama digunakan pada semua peranti anda.
Jika anda menambah kata laluan pada dokumen pada satu peranti, kata laluan tersebut diperlukan untuk membuka dokumen pada semua peranti anda.