Pengenalan kepada kerjasama dalam Pages
Anda boleh bekerjasama dengan orang lain pada masa nyata dengan berkongsi pautan ke dokumen Pages anda. Oleh sebab dokumen dikongsi dan sebarang perubahan padanya disimpan dalam iCloud, orang yang bekerja pada hamparan boleh melihat perubahan yang dilakukan.
Sebagai pemilik dokumen, anda mengawal orang yang mempunyai akses kepadanya dan perkara yang pengguna tersebut boleh lakukan:
Akses: Anda boleh menghantar pautan yang sesiapa sahaja boleh gunakan untuk membuka dokumen tersebut. Atau, anda boleh menjemput orang tertentu, yang mesti mendaftar masuk dengan Apple ID mereka untuk membuka dokumen.
Keizinan: Anda boleh pilih sama ada orang lain boleh membuat perubahan kepada dokumen atau hanya melihatnya.
Jemputan: Anda boleh membenarkan peserta menambah lebih ramai orang pada dokumen.
Anda boleh mengubah seting akses, keizinan dan jemputan atau berhenti berkongsi dokumen pada bila-bila masa.
Anda memilih kaedah penghantaran, mengesetkan seting akses dan keizinan dan menghantar jemputan menggunakan dialog seting kerjasama.
Keperluan iCloud
Untuk menjemput orang lain untuk bekerjasama pada dokumen, anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID anda dan mengaktifkan iCloud Drive.
Jika anda menjemput seseorang menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang tidak dikaitkan dengan Apple ID, mereka tidak dapat menerima jemputan sehingga mereka menambah alamat e-mel atau nombor telefon ke Apple ID mereka. Apabila mereka mengetik atau mengklik pautan dalam jemputan, arahan kelihatan.
Keperluan sistem minimum
Untuk bekerjasama pada dokumen dikongsi, orang yang anda berkongsi memerlukan mana-mana daripada berikut:
Mac dengan macOS 12.3 atau lebih baharu dan Pages 13.0 atau lebih baharu
iPhone dengan iOS 15.4 atau lebih baharu dan Pages 13.0 atau lebih baharu
iPad dengan iPadOS 15.4 atau lebih baharu dan Pages 13.0 atau lebih baharu
Mac dengan macOS 12.3 atau lebih baharu atau komputer Windows dan pelayar disokong
Sesiapa dengan peranti Android, atau peranti Apple yang tidak memenuhi keperluan sistem minimum, boleh melihat tetapi tidak boleh mengedit dokumen.
Nota: Tidak semua ciri Pages tersedia untuk dokumen dikongsi. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kerjasama untuk Pages, Numbers dan Keynote.
Bekerja di luar talian
Semasa anda tidak disambungkan ke internet, anda boleh terus bekerja pada dokumen yang dikongsi dengan orang lain. Kali seterusnya anda dalam talian, perubahan dimuat naik ke iCloud secara automatik. Lihat Edit semasa di luar talian.
Jika dokumen anda disimpan dalam Box berbanding iCloud, anda boleh menggunakan Box untuk bekerjasama.