Hantar dokumen dalam Pages pada Mac
Anda boleh menghantar dokumen Pages menggunakan AirDrop, Mail, Mesej, atau perkhidmatan lain. Anda juga boleh menghantar dokumen anda dalam format lain—PDF, Microsoft Word, EPUB, Teks Biasa, atau Format Teks Beraneka.
Hantar salinan dalam Pages atau format lain
Anda boleh mengehadkan akses kepada salinan dengan menambahkan kata laluan padanya. Untuk menghalang orang lain daripada mengubah suai salinan, anda boleh mengunci dokumen.
Dengan dokumen terbuka, pilih Kongsi > Hantar Salinan > [pilihan penghantaran].
Pilih format untuk salinan, kemudian tentukan seting:
PDF: Fail ini boleh dibuka dan kadangkala diedit dengan aplikasi seperti Pratonton dan Adobe Acrobat. Klik menu timbul Kualiti Imej, kemudian pilih pilihan (lebih tinggi kualiti imej, lebih besar saiz fail). Jika anda menambah perihalan imej, lukisan, audio, atau video untuk teknologi bantuan (contohnya, VoiceOver), perihalan dieksport secara automatik. Untuk menyertakan anotasi atau komen, pilih kotak semak yang sepadan Untuk menyertakan tag kebolehcapaian bagi jadual besar, klik Pilihan Lanjutan, kemudian pilih Aktifkan.
Word: Jika fail perlu serasi dengan versi lebih lama Microsoft Word (1997-2004), klik Pilihan Lanjutan, kemudian pilih .doc daripada menu timbul. Klik anak panah pendedahan bersebelahan Pilihan Lanjutan dan pilih format.
EPUB: Gunakan format ini untuk membuatkan dokumen anda boleh dibaca dalam pembaca ebuku (seperti Apple Books). Masukkan tajuk dan nama pengarang, kemudian pilih pilihan kulit buku.
Untuk dokumen pemproses perkataan sahaja, pilih jenis tataletak. Tataletak tetap mengekalkan tataletak dokumen anda dan bagus untuk dokumen dengan berbilang kolum atau imej. Tataletak boleh alir beradaptasi ke saiz dan orientasi skrin dan membenarkan pengguna menukar saiz fon. Ia bagus untuk dokumen dengan banyak teks.
Untuk mengesetkan ciri pilihan, klik anak panah pendedahan bersebelahan Pilihan Lanjutan, kemudian pilih kategori, tentukan bahasa dokumen, setkan paparan kepada satu halaman atau dua halaman dan pilih sama ada untuk menyertakan senarai kandungan atau membenamkan fon atau tidak.
Teks Biasa (TXT): Teks isi dieksport sebagai teks tanpa format. Kotak teks, bentuk, imej, garisan, jadual dan carta tidak dieksport. Dokumen tataletak halaman tidak boleh dihantar dalam format TXT.
Petua: Untuk melihat jika anda mempunyai dokumen pemprosesan perkataan atau tataletak halaman, klik dalam bar alat. Jika terdapat tab Penanda Buku di bahagian atas bar sisi, ia ialah dokumen pemprosesan perkataan.
Format Teks Beraneka (RTF): Teks isi dan jadual dieksport sebagai teks dan jadual diformat (RTF). Jika dokumen mempunyai kotak teks, bentuk, garis dan carta yang boleh dieksport, ia dieksport sebagai imej dan dokumen dieksport dalam format fail RTFD. Aplikasi lain mungkin tidak boleh membuka fail RTFD. Dokumen tataletak halaman tidak boleh dihantar dalam format RTF atau RTFD.
Jika terdapat kotak semak kata laluan, lakukan salah satu daripada berikut:
Setkan kata laluan: Pilih “Perlukan kata laluan untuk membuka”, kemudian masukkan kata laluan. Ia digunakan hanya pada salinan.
Simpan kata laluan dokumen asal: Pastikan kotak semak “Perlukan kata laluan untuk membuka” dipilih.
Gunakan kata laluan berbeza untuk salinan yang anda sedang hantar: Pilih kotak semak “Perlukan kata laluan untuk membuka”, klik Tukar Kata Laluan, kemudian setkan kata laluan baharu.
Hantar salinan tanpa kata laluan: Nyahpilih kotak semak “Perlukan kata laluan untuk membuka”.
Klik Seterusnya, kemudian berikan maklumat yang diminta (contohnya, alamat e-mel jika anda menghantar e-mel).
Jika anda tidak mendaftar masuk ke akaun anda untuk kaedah yang anda gunakan, anda diminta untuk mendaftar masuk sebelum meneruskan. Untuk AirDrop, dokumen dihantar apabila penerima menerimanya.
Untuk lebih pilihan format, anda boleh mengeksport dokumen ke format lain dan kemudian menghantarnya. Lihat Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain.
Untuk memudahkan anda menghantar, menyiarkan atau berkongsi dokumen, anda boleh mengurangkan saiz failnya.