Pengenalan kepada kerjasama dalam Pages
Anda boleh bekerjasama dengan orang lain pada masa nyata dengan berkongsi pautan ke dokumen Pages anda. Oleh sebab dokumen dikongsi dan sebarang perubahan padanya disimpan dalam iCloud, orang yang bekerja pada hamparan boleh melihat perubahan yang dilakukan.
Sebagai pemilik dokumen, anda mengawal orang yang mempunyai akses kepadanya dan perkara yang pengguna tersebut boleh lakukan.
Anda boleh menukar seting akses dan keizinan atau berhenti berkongsi dokumen pada bila-bila masa.
Keperluan iCloud
Untuk menjemput orang lain untuk bekerjasama pada dokumen, anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID anda dan mengaktifkan iCloud Drive.
Jika anda menjemput seseorang menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang tidak dikaitkan dengan Apple ID, mereka tidak dapat menerima jemputan sehingga mereka menambah alamat e-mel atau nombor telefon ke Apple ID mereka. Arahan disediakan apabila mereka ketik atau klik pautan dalam jemputan.
Keperluan sistem minimum
Untuk melihat atau mengedit dokumen dikongsi, orang yang anda berkongsi dokumen memerlukan mana-mana yang berikut:
Mac dengan macOS Big Sur 11 atau lebih baharu dan Pages 12.1 atau lebih baharu
iPhone dengan iOS 14 atau lebih baharu dan Pages 12.1 atau lebih baharu
iPad dengan iPadOS 14 atau lebih baharu dan Pages 12.1 atau lebih baharu
Komputer Mac atau Windows dengan pelayar web disokong
Nota: Jika anda mahu membenarkan peserta menjemput orang lain, anda dan peserta tersebut memerlukan macOS Monterey 12 atau lebih baharu, iOS 15 atau lebih baharu, atau iPadOS 15 atau lebih baharu dengan Pages 12.1 atau lebih baharu.
Sesiapa dengan peranti Android, atau iPhone atau iPad yang tidak memenuhi keperluan sistem minimum, boleh melihat tetapi tidak boleh mengedit dokumen.
Bekerja di luar talian
Semasa anda tidak disambungkan ke internet, anda boleh terus bekerja pada dokumen yang dikongsi dengan orang lain. Kali seterusnya anda dalam talian, perubahan dimuat naik ke iCloud secara automatik. Lihat Edit semasa di luar talian.
Nota: Tidak semua ciri Pages tersedia untuk dokumen dikongsi. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kerjasama untuk Pages, Numbers dan Keynote.
Jika dokumen anda disimpan dalam Box dan bukannya iCloud, anda masih boleh bekerjasama menggunakan kawalan kerjasama dalam Box. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple tentang menggunakan iWork dengan Box.