Formatkan dokumen untuk bahasa lain dalam Pages pada Mac
Bahasa dan rantau dokumen menentukan konvensyen pemformatan teks—contohnya, sama ada koma atau noktah digunakan sebagai titik desimal, simbol mata wang yang digunakan, tempat untuk sengkang perkataan di pemisah baris dan cara tarikh diwakili (hari/bulan/tahun atau bulan/hari/tahun).
Anda boleh mencipta dokumen yang menggunakan pemformatan bahasa berbeza selagi anda mempunyai lebih daripada satu bahasa dalam senarai bahasa pilihan komputer anda. Untuk menggunakan bahasa lain dalam dokumen, anda perlu menambah sumber input untuk bahasa tersebut (contohnya, papan kekunci kedua) dalam Keutamaan Sistem.
Sediakan papan kekunci atau sumber input lain untuk bahasa lain
Untuk menggunakan bahasa lain dalam dokumen anda, sediakan dahulu sumber input (contohnya, papan kekunci atau palet aksara yang khusus bahasa) untuk bahasa tersebut. Apabila anda menambah papan kekunci khusus bahasa ke peranti anda, bahasa tersebut juga ditambah ke senarai bahasa pilihan peranti anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem > Papan Kekunci > Sumber Input.
Klik di bahagian bawah lajur kiri, pilih papan kekunci yang anda mahu gunakan, kemudian klik Tambah.
Pilih kotak semak bersebelahan “Tunjukkan menu Input dalam bar menu”.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sumber input, klik Bantuan dalam menu di bahagian atas skrin anda, kemudian cari "sumber input".
Jika Pages terbuka, keluar daripada Pages dan buka semula agar ia mengenali sumber tersebut.
Untuk bertukar kepada papan kekunci lain, klik menu Input di sebelah kanan bar menu, kemudian pilih papan kekunci.
Jika anda bertukar kepada bahasa yang ditulis dalam arah berlainan daripada bahasa semasa, titik sisipan bergerak ke sisi dokumen yang digunakan oleh bahasa baru. Contohnya, jika anda menukar sumber input daripada bahasa Inggeris kepada Ibrani, titik sisipan bergerak ke sebelah kanan dokumen.
Cipta dokumen dengan format bahasa berbeza
Apabila anda mencipta dokumen baru, anda boleh memformat nombor, tarikh, masa dan mata wang secara automatik dalam jadual dan carta menggunakan konvensyen pemformatan bahasa dan rantau tertentu. Anda mungkin mahu melakukan ini jika anda merancang untuk berkongsi dokumen dengan seseorang di rantau berbeza.
Sebagai contoh, sesetengah rantau menggunakan koma dan bukannya noktah untuk menunjukkan titik desimal, atau simbol kewangan berlainan untuk mata wang, atau cara memaparkan nombor daripada kanan ke kiri dan bukannya kiri ke kanan.
Seting bahasa ini hanya mempengaruhi dokumen semasa.
Buka Pages, kemudian tahan kekunci Option dan pilih Fail > Baru (daripada menu Fail di bahagian atas skrin).
Klik menu timbul Bahasa di penjuru bawah kiri pemilih templat, kemudian pilih bahasa lain.
Dwiklik templat yang anda mahu gunakan.
Apabila anda memilih bahasa baru, tajuk dan teks templat dan sesetengah daripada kawalan pemformatan bertukar untuk menggambarkan bahasa itu.
Apabila anda melihat dokumen yang menggunakan bahasa dan format berlainan daripada format komputer anda, mesej berhampiran bawah dokumen menunjukkan format mana yang digunakan. Untuk melihat contoh format berlainan, klik bahasa dalam mesej.
Tukar bahasa dan format dokumen
Selepas anda mencipta dokumen, anda boleh menukar seting bahasanya semasa dokumen dibuka.
Nota: Anda tidak boleh menukar seting ini untuk dokumen dikongsi.
Pilih Fail > Lanjutan > Bahasa & Rantau (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Dalam dialog yang muncul, klik menu timbul dan pilih bahasa dan rantau.
Jika anda memilih item pertama dalam menu timbul Bahasa (Sistem- [bahasa]), anda mereset dokumen ke bahasa dan rantau komputer anda. Jika anda seterusnya menukar seting bahasa komputer anda atau jika anda membuka dokumen pada komputer dengan seting bahasa berbeza, bahasa dan rantau dokumen bertukar secara automatik mengikut komputer tersebut. Tetapi jika anda berkongsi dokumen, semua pengguna melihat dokumen dalam bahasa dan rantau komputer anda.
Klik OK.
Selepas anda menukar bahasa dan rantau dokumen, sebarang data jadual dan carta baru anda masukkan menggambarkan seting baru. Untuk data jadual dan carta sedia ada, bahasa dalam tarikh (sebagai contoh, nama bulan) bertukar, tetapi tanda baca dalam tarikh dan tertib hari, bulan dan tahun tidak bertukar. Tanda baca dalam nombor (sebagai contoh, titik desimal dan pemisah ribu) bertukar.