Kurangkan saiz fail dokumen dalam Pages pada Mac
Jika dokumen anda termasuk fail imej, audio atau video, anda boleh mengurangkan saiz failnya untuk menjadikannya lebih mudah dihantar, disiar atau dikongsi.
Jika anda tidak mahu untuk menukar dokumen asal anda secara kekal, anda boleh menyimpan salinan dengan saiz fail yang lebih kecil.
Pilih Fail > Kurangkan Saiz Fail (daripada menu Fail di bahagian atas skrin).
Pilih pelarasan yang anda mahu buat:
Kecilkan imej besar: Imej diskalakan kepada resolusi yang digunakan dalam dokumen sambil mengekalkan kualiti visual. Contohnya, jika anda menambah foto pada dokumen anda dan mensaizkannya semula menjadi lebih kecil, memilih pilihan ini mengeluarkan data imej yang tidak digunakan.
Nota: Sama ada anda memilih kotak semak ini atau tidak, jika imej dalam format yang tidak boleh dilihat pada iPhone atau iPad, ia akan ditukarkan kepada format yang boleh dilihat secara automatik.
Keluarkan bahagian filem dan audio yang dipangkas: Jika anda memangkas permulaan atau penghujung filem atau audio (menggunakan kawalan dalam bar sisi Format), bahagian yang dipangkas dipadamkan.
Paling serasi (H.264): Filem dalam dokumen anda ditukarkan ke format H.264, yang boleh dimainkan pada kebanyakan peranti iOS dan iPadOS serta komputer Mac.
Kecekapan tinggi (HEVC): Pilihan format ini muncul hanya jika anda menggunakan macOS 10.13 atau lebih baru dan Mac anda menyokong pengekodan HEVC perkakasan. Filem dalam format HEVC mempunyai kualiti terbaik pada saiz fail paling kecil, tetapi filem hanya boleh dimainkan pada peranti dengan iOS 11, iPadOS 13, atau lebih baru dan komputer Mac dengan macOS 10.13 atau lebih baru.
Jika anda memilih format ini, anda kemudian boleh menambah fail HEVC ke dokumen atau salinan yang dikurangkan saiz. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang HEVC, lihat artikel Sokongan Apple ini.
Nota: H.264 dan HEVC tidak menyokong saluran alfa, jadi transparensi ditukarkan kepada latar belakang hitam.
Kekalkan format asal: Pilihan ini mengekalkan format filem semasa. Dalam kes ini, sebarang filem dalam format yang tidak serasi dengan iOS atau iPadOS tidak dioptimumkan dan oleh sebab itu, tidak dimainkan pada peranti iOS atau iPadOS.
Kualiti Filem: Setkan resolusi maksimum untuk filem. Filem dengan resolusi yang lebih kecil daripada maksimum tidak dibesarkan.
Klik salah satu butang berikut untuk menggunakan pelarasan:
Kurangkan Fail Ini: Gunakan seting pada dokumen asal.
Kurangkan Salinan: Gunakan seting pada salinan dokumen dan kekalkan dokumen asal. Masukkan nama untuk salinan dokumen dan pilih tempat untuk menyimpan salinan, kemudian klik Simpan.
Nota: Ada kemungkinan untuk memilih gabungan pilihan yang menjadikan saiz fail lebih besar.