Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
![](https://help.apple.com/assets/6386528654CD523A4506631B/6386528854CD523A45066345/ms_MY/03c03b9252728796b26f5128a8e700b4.png)
Gunakan AirDrop untuk memindahkan dokumen Pages
Dengan AirDrop, anda boleh menghantar dokumen kepada iPhone, iPad, atau Mac berhampiran pada rangkaian Wi-Fi yang sama secara wayarles.
Aktifkan AirDrop:
Pada Mac: Klik desktop untuk bertukar kepada Finder, kemudian pilih Pergi > AirDrop daripada menu Pergi di bahagian atas skrin. Tetingkap AirDrop terbuka. Jika Bluetooth® atau Wi-Fi dinyahaktifkan, terdapat butang untuk mengaktifkannya.
Pada iPhone atau iPad: Buka Pusat Kawalan. Ketik AirDrop, kemudian pilih sama ada untuk menerima item daripada semua orang atau hanya orang dalam app Kenalan anda.
Pilih dokumen yang anda mahu hantar:
Pada Mac: Jika dokumen terbuka, pilih Kongsi > Hantar salinan (daripada menu di bahagian atas skrin), kemudian pilih AirDrop. Anda juga boleh Control-klik fail dokumen pada komputer anda, kemudian pilih Kongsi > AirDrop.
Pada iPhone atau iPad: Buka dokumen, ketik ikon Kongsi, kemudian ketik AirDrop.
Pilih penerima.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan AirDrop, lihat artikel Sokongan Apple ini.