Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Hak Cipta
Serlahkan teks dalam Pages pada iPhone
Anda boleh menyerlahkan teks buat sementara dalam isi dokumen anda, dalam kotak teks dan bentuk. Ini berguna contohnya jika anda menyemak dokumen dan mahu menarik perhatian ke bahagian tertentu. Serlahan ini tidak kelihatan dalam dokumen bercetak. Apabila berbilang orang bekerja pada dokumen, serlahan setiap orang muncul dalam warna yang unik.
Petua: Jika anda mahu serlahan yang kelihatan dalam sebarang warna dalam dokumen akhir anda, tambah warna latar belakang ke teks.
Tambah atau keluarkan serlahan
Anda boleh menyerlahkan teks di mana-mana kecuali dalam carta dan sel jadual.
Tambah serlahan: Pilih teks, kemudian ketik Serlahkan.
Keluarkan serlahan: Dwiketik teks diserlahkan, kemudian ketik Keluarkan Serlahan.
Nota: Jika dokumen dikongsikan dengan orang lain, hanya anda dan pemilik dokumen boleh memadam serlahan anda. Jika orang lain menambah komen ke serlahan anda, nama pengarang dan warna serlahan berubah ke pengarang komen dan anda tidak boleh memadamkan komen.
Serlahan yang ditambah melalui cara ini tidak kelihatan dalam dokumen dicetak atau PDF. Untuk menambah serlahan kekal, lihat Tambah warna latar belakang pada teks.
Tambah komen pada teks yang diserlahkan
Ketik teks diserlahkan.
Ketik “Tambah komen”, kemudian taipkan komen anda.
Ketik Selesai.
Untuk mengetahui cara untuk menukar warna serlahan anda, lihat Setkan nama pengarang untuk komen.