Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Sesuaikan bar alat
- Hak Cipta
Tukar rupa teks jadual dalam Pages pada iPad
Anda boleh menukar rupa teks untuk keseluruhan jadual atau hanya sel jadual tertentu.
Tukar rupa semua teks jadual
Anda boleh mengesetkan fon dan gaya fon untuk keseluruhan jadual. Anda juga boleh meningkatkan atau mengurangkan saiz fon mengikut perkadaran untuk semua teks dalam jadual. Jika anda menjadikan teks lebih besar atau lebih kecil, semua teks meningkat atau berkurang pada peratusan yang sama.
Ketik jadual, kemudian ketik .
Ketik Jadual, kemudian ketik Fon Jadual.
Jika anda tidak melihat Fon Jadual, leret ke atas dari bawah kawalan.
Ketik nama fon untuk menggunakannya.
Untuk menggunakan gaya aksara yang berbeza (sebagai contoh, tebal atau italik), ketik bersebelahan nama fon, kemudian ketik gaya aksara.
Jika anda tidak nampak gaya aksara tertentu, ia tidak tersedia untuk fon.
Untuk menukar saiz fon, ketik .
Teks disaizkan semula dengan serta merta, untuk anda melihat saiz yang paling tepat.
Tukar rupa teks dalam sel jadual yang dipilih
Anda boleh menukar fon, warna, saiz dan atribut lain bagi teks dalam sel jadual.
Pilih sel yang mengandungi teks yang anda mahu tukar, kemudian ketik .
Ketik Sel, kemudian ketik kawalan untuk pilih gaya fon (tebal, italik, bergaris bawah atau garis potong), saiz, warna, penjajaran dan sebagainya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan gaya teks, lihat Gunakan gaya teks.