Tukar rupa teks dalam Pages pada iPad
Anda boleh menukar rupa teks dengan menukar fon, saiz atau warna atau dengan menambah tebal, italik atau pemformatan lain. Anda juga boleh mengisi teks dengan gradien atau imej, atau menambah garis kasar. Untuk menyerlahkan teks, anda boleh menambah warna di belakangnya.
Tukar teks menggunakan papan kekunci
Anda boleh menggunakan bar pintasan di atas papan kekunci untuk menukar fon dengan cepat. Bar pintasan pada iPad Pro berbeza daripada yang ditunjukkan di bawah.
Nota: Jika anda tidak melihat bar pintasan, pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci dan aktifkan Pintasan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar fon: Ketik nama fon di sebelah kiri medan teks ramalan, kemudian ketik fon.
Tukar gaya fon: Ketik nama fon, ketik bersebelahan nama fon, kemudian ketik format (contohnya, biasa, tebal, italik, atau separuh tebal).
Tukar saiz fon: Ketik , kemudian ketik saiz.
Tambah tebal, italik atau garis bawah: Ketik , kemudian ketik gaya di bahagian bawah menu. Pada iPad Pro, ketik di sebelah kiri butang saiz fon, kemudian ketik gaya.
Jika dokumen anda perlu menggunakan saiz fon standard kerajaan tanah besar China, tukar rantau untuk iPad anda. Kemudian, tanpa mengira bahasa yang anda gunakan untuk memasukkan teks, anda melihat tambahan saiz Cina untuk saiz titik.
Tukar teks menggunakan kawalan Format
Pilih teks yang anda mahu tukar—atau ketik kotak teks, bentuk, atau sel jadual—kemudian ketik .
Jika kawalan teks tiada, ketik Sel atau Teks.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Guna gaya perenggan berbeza: Ketik nama gaya di bawah Gaya Perenggan, kemudian ketik gaya perenggan baru (skrol untuk melihat lebih banyak). Anda tidak boleh menggunakan gaya perenggan pada teks dalam sel jadual.
Tukar fon: Ketik Fon, kemudian ketik fon baru. Untuk melihat pilihan lanjut fon, ketik bersebelahan nama fon, kemudian ketik format (contohnya, padat, ringan, atau separuh tebal).
Gunakan teks tebal, italik, bergaris bawah atau garis potong: Ketik mana-mana butang di bawah Fon.
Tukar saiz: Ketik di sebelah Saiz untuk mengurangkan atau meningkatkan saiz fon, atau ketik saiz fon dan masukkan nilai baru.
Tukar warna teks
Pilih teks yang anda mahu tukar—atau ketik kotak teks, bentuk, atau sel jadual—kemudian ketik .
Jika kawalan teks tiada, ketik Sel atau Teks.
Ketik Warna Teks , kemudian pilih salah satu daripada yang berikut:
Warna atau gradien yang direka bentuk agar sesuai dengan templat: Ketik Praset, leret ke kiri atau kanan untuk melihat semua pilihan, kemudian ketik warna.
Sebarang warna: Ketik Warna, kemudian ketik warna. Untuk mempratonton teks dalam warna berbeza, sentuh dan tahan warna, kemudian seret merentas grid. Label warna muncul untuk setiap warna yang dipratonton bagi membantu anda menghasilkan semula padanan tepat. Lepaskan jari anda untuk memilih warna.
Warna daripada tempat lain pada halaman: Ketik Warna, kemudian leret ke kiri ke roda warna. Ketik , kemudian ketik sebarang warna di luar teks yang dipilih. Untuk pratonton teks, sentuh dan tahan warna pada halaman, kemudian seret merentas warna lain pada halaman. Lepaskan jari anda untuk memilih warna.
Warna tersuai: Ketik Warna, leret ke kiri ke roda warna, kemudian seret gelangsar di sekeliling roda. Untuk menukar kecerahan warna, seret gelangsar mendatar atas. Untuk menukar ketepuan warna, seret gelangsar bawah. Untuk kembali kepada warna sebelumnya, ketik bulatan di tengah roda warna (separuh kiri menunjukkan warna sebelumnya).
Warna tersuai yang terbaru dicipta atau warna yang terbaru dipilih daripada tempat lain pada halaman: Ketik Warna, leret ke kiri ke roda warna, kemudian ketik perigi warna di sebelah kanan .
Isian gradien dua warna: Ketik Gradien, ketik Warna Mula atau Warna Hujung, kemudian ketik warna atau leret ke kiri untuk menggunakan roda warna. Untuk menukar arah gradien, ketik Balikkan Warna. Untuk menukar sudut gradien, seret gelangsar Sudut. Untuk menggunakan gradien berdasarkan panjang bentuk atau kotak teks (bukan saiz teks yang dipilih), pilih kotak semak bersebelahan Gunakan Gradien pada Keseluruhan Objek. Gradien bertukar apabila saiz objek atau kotak teks bertukar. Untuk menggunakan gradien merentas sepanjang halaman, pilih kotak semak bersebelahan Gunakan Gradien pada Keseluruhan Halaman.
Isi teks dengan imej
Pilih teks yang anda mahu tukar—atau ketik kotak teks, bentuk, atau sel jadual—kemudian ketik .
Ketik Sel (untuk teks dalam jadual) atau Teks (untuk teks dalam bentuk atau kotak teks) untuk menunjukkan kawalan teks.
Ketik Warna Teks atau Warna, kemudian ketik Imej.
Ketik Tukar Imej, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik album, kemudian ketik foto.
Ketik Ambil Foto.
Ketik “Masukkan daripada” untuk memilih imej daripada iCloud Drive.
Jika imej tidak kelihatan seperti yang anda jangka atau anda mahu menukar cara imej mengisi objek, ketik pilihan:
Saiz Asal: Meletakkan imej dalam teks tanpa mengubah dimensi asal imej. Untuk mensaizkan semula imej, seret gelangsar Skala.
Regang: Mensaiz semula imej untuk memuatkan dimensi teks, yang mungkin menukar perkadaran imej.
Jubin: Mengulangi imej di dalam teks. Untuk mensaizkan semula imej, seret gelangsar Skala.
Skala untuk Isian: Menjadikan imej lebih besar atau kecil agar tiada ruang tertinggal dalam teks.
Skala untuk Muat: Mensaiz semula imej untuk memuatkan dimensi teks, tetapi mengekalkan perkadaran imej. Sesetengah teks mungkin tidak diisi.
Untuk mencipta imej berwarna, aktifkan Tindihan Warna dan ketik Isian untuk memilih warna tinta.
Untuk menjadikan tinta lebih atau kurang telus, seret gelangsar Kelegapan.
Tambah atau keluarkan garis kasar teks
Pilih teks yang anda mahu tukar—atau ketik kotak teks, bentuk, atau sel jadual—kemudian ketik .
Ketik Sel (untuk teks dalam jadual) atau Teks (untuk teks dalam bentuk atau kotak teks) untuk menunjukkan kawalan teks.
Ketik dalam bahagian Fon di kawalan.
Aktifkan atau nyahaktifkan Garis Kasar.
Jika anda menambah garis kasar, gunakan kawalan untuk menukar jenis garis, warna dan lebarnya.
Petua: Anda boleh mengeluarkan warna teks untuk menekankan garis kasar. Ketik , ketik Teks, kemudian ketik Warna Teks. Ketik Praset, leret pada pilihan hitam dan putih, dan kemudian ketik Tanpa Isian.
Tambah warna latar belakang pada teks
Anda boleh menambah warna di belakang sebarang pilihan teks—aksara individu, perkataan atau keseluruhan perenggan—untuk mencipta kesan serlahan.
Pilih teks yang anda mahu tukar—atau ketik kotak teks atau bentuk—kemudian ketik .
Jika anda tidak nampak kawalan teks, ketik Teks.
Ketik dalam bahagian Fon di kawalan.
Leret ke atas, kemudian ketik Latar Belakang Teks.
Leret ke kiri atau kanan untuk melihat warna (ketik Praset atau Warna untuk menukar pilihan), kemudian ketik satu.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan warna, lihat “Tukar warna teks,” di atas.
Untuk mengeluarkan warna latar belakang daripada teks yang dipilih, ketik Praset, kemudian leret ke pilihan hitam dan putih, kemudian ketik Tanpa Isian.
Anda boleh membiarkan pemformatan teks konsisten dalam dokumen menggunakan gaya teks.