Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Cipta dokumen menggunakan VoiceOver
- Hak Cipta
Pilih teks dalam Pages pada iPad
Untuk mengedit teks, sama ada anda memilih teks atau meletakkan titik sisipan dalam perkataan atau perenggan yang anda mahu mulakan pengeditan.
Pilih perkataan atau perenggan
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih perkataan: Dwiketik padanya.
Pilih perenggan: Ketik tiga kali dalam perenggan.
Pilih julat teks: Dwiketik perkataan, kemudian alihkan titik cekup untuk menyertakan lebih atau kurang teks. Seret melebihi hujung perenggan untuk menyertakan sebarang tanda pemformatan (dipanggil tidak kelihatan).
Nota: Jika anda mengetik teks ruang letak, keseluruhan blok teks dipilih.
Pada iPad, anda juga boleh menyeret dua jari merentas papan kekunci untuk mengalihkan titik sisipan, kemudian ketik sekali pada papan kekunci untuk memilih perkataan atau dua kali untuk memilih perenggan.
Letakkan titik sisipan
Titik sisipan ialah garis menegak atau I-beam berkelip dalam teks yang menunjukkan tempat aksara seterusnya yang anda taip akan muncul.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik tempat anda mahu meletakkan titik sisipan.
Dwiketik bentuk, kotak teks atau sel jadual. Jika objek mengandungi teks, perkataan dipilih; ketik lagi untuk meletakkan titik sisipan.
Nota: Anda tidak boleh meletakkan titik sisipan dalam teks ruang letak; apabila anda mengetik teks ruang letak, seluruh blok teks dipilih.
Untuk menempatkan semula titik sisipan, seret titik sisipan ke tempat yang anda mahu; atau seret dua jari ke atas papan kekunci, kemudian angkat jari anda apabila titik sisipan berada di tempat yang anda mahu.