Tambah teks dalam Numbers pada Mac
Untuk menambah teks pada helaian, anda boleh menggantikan ruang letak teks, atau menambah kotak teks atau bentuk kemudian menaipkan teks di dalamnya.
Gantikan teks ruang letak
Dwiklik teks ruang letak, kemudian taip teks anda sendiri.
Jika templat tersebut mempunyai ruang letak teks yang anda ingin keluarkan, klik teks sekali untuk memilih kotak teksnya, kemudian tekan kekunci Delete pada papan kekunci anda.
Tambah kotak teks
Klik dalam bar alat.
Kotak teks ditambah pada helaian anda (anda boleh menukar rupa teks kemudian).
Seret kotak teks ke tempat yang anda mahukannya.
Jika anda tidak boleh mengalihkan kotak, klik di luar kotak untuk menyahpilih teks, kemudian klik teks sekali untuk memilih kotak teksnya.
Taipkan untuk menggantikan teks ruang letak.
Secara lalai, saiz fon bertukar secara automatik untuk muat di dalam kotak teks yang anda tambah menggunakan butang Kotak Teks. Sebaliknya, untuk melaraskan saiz fon secara manual, terlebih dahulu pilih kotak teks, kemudian pilih Format > Bentuk dan Garis > Reset pemegang Teks dan Objek (daripada menu Format di bahagian atas skrin anda). Anda juga boleh mensaiz semula fon dengan menjadikan kotak teks lebih besar atau lebih kecil.
Untuk mensaiz semula kotak teks, seret pemegang pilihan di sebelah kiri atau kanan kotak.
Untuk memadamkan kotak teks, kliknya (garis kasar biru kelihatan di sekelilingnya), kemudian tekan kekunci Delete pada papan kekunci anda. Jika garis kasar biru tidak kelihatan, klik di luar kotak untuk menyahpilih teks, kemudian klik teks sekali untuk memilih kotak teksnya.
Kotak teks ialah objek yang boleh diubah suai seperti kebanyakan objek lain; anda boleh memutar kotak teks, menukar jidarnya, mengisinya dengan warna, menindannya dengan objek lain dan banyak lagi. Lihat Pengenalan kepada objek dalam Numbers pada Mac.
Setkan kotak teks lalai untuk hamparan
Setiap templat Numbers mempunyai gaya kotak teks lalai, jadi apabila anda menambah kotak teks ke hamparan dan menaip teks di dalamnya, kotak dan teks menggunakan gaya tersebut. Anda boleh mengubah suai gaya lalai ini—menukar fon, warna fon, isian warna dan sebagainya—kemudian menjadikannya gaya lalai baharu untuk hamparan. Gaya kotak teks lalai anda digunakan hanya pada hamparan di tempat anda menciptanya.
Tambah kotak teks pada hamparan anda dan tukarnya mengikut keinginan anda.
Anda boleh menukar fon dan saiz fon, menambah jidar pada kotak dan seterusnya.
Klik kotak teks untuk memilihnya.
Pilih Format > Lanjutan > Setkan Sebagai Rupa Lalai Kotak Teks (daripada menu Format di bahagian atas skrin anda).
Anda boleh menukar gaya kotak teks lalai pada bila-bila masa anda mahukan dan ia tidak akan mempengaruhi kotak teks yang telah ada dalam hamparan.
Jika anda mahu menggunakan perubahan reka bentuk yang sama pada kotak teks lain yang telah wujud dalam hamparan, anda boleh menyimpan gaya kotak teks lalai sebagai gaya objek, kemudian menggunakan gaya objek pada kotak teks lain.
Tambah teks dalam bentuk
Dwiklik bentuk untuk kelihatankan titik sisipan, kemudian taipkan teks anda.
Jika terdapat terlalu banyak teks untuk dipaparkan dalam bentuk, penunjuk pemangkasan kelihatan. Untuk mensaiz semula bentuk, pilihnya, kemudian seret sebarang pemegang pilihan sehingga semua teks ditunjukkan.
Anda boleh mengubah rupa teks dalam bentuk sama seperti sebarang teks lain pada helaian anda.
Tambah tajuk pada helaian
Untuk menambah tajuk pada helaian, tambah kotak teks dan taipkan tajuk di dalamnya.
Klik dalam bar alat.
Klik kotak teks, kemudian taip tajuk anda.
Seret kotak teks ke tempat yang anda mahukannya.
Untuk menambah kapsyen atau label ke objek, lihat Tambah kapsyen atau tajuk pada objek dalam Numbers pada Mac.