Tambah atau keluarkan baris dan lajur dalam Numbers pada Mac
Anda boleh tambah, padam dan susun semula baris dan lajur dalam jadual. Terdapat tiga jenis baris dan lajur dalam jadual:
Baris dan lajur isi mengandungi data jadual.
Baris dan lajur pengepala (jika ada) di bahagian atas dan kiri jadual. Baris dan lajur pengepala biasanya mempunyai warna latar belakang berbeza daripada baris isi dan biasanya digunakan untuk mengenal isi baris atau lajur. Data dalam sel pengepala tidak digunakan dalam kiraan, namun teks dalam sel pengepala boleh digunakan dalam formula untuk merujuk pada sel dalam kesemua baris atau lajur. Jadual boleh mengandungi sehingga lima baris pengepala dan lima lajur pengepala.
Anda boleh membekukan (atau mengunci) baris dan lajur pengepala agar ia sentiasa kelihatan semasa anda menskrol hamparan.
Baris pengaki (jika ada) kelihatan di bahagian bawah jadual. Jadual boleh mempunyai sehingga lima baris pengaki.