Gunakan teks dwiarah dalam jadual dalam Numbers pada iPhone
Numbers menyokong teks dwiarah dalam sel, maka dalam hamparan yang sama anda boleh mempunyai beberapa sel dengan teks ditulis dari kiri ke kanan (seperti bahasa Inggeris atau Cina) dan yang lain dengan teks ditulis dari kanan ke kiri (seperti dalam bahasa Arab atau Ibrani). Anda juga boleh membalikkan arah jadual itu sendiri, atau helaian dan semua yang ada padanya.
Nota: Untuk menukar arah teks sel,helaian atau seluruh jadual, peranti anda mesti disediakan untuk sumber input yang menggunakan arah teks berlainan—sebagai contoh, satu papan kekunci untuk menaip bahasa kanan ke kiri, seperti Ibrani dan satu lagi untuk menaip bahasa kiri ke kanan, seperti bahasa Inggeris. Jika Numbers terbuka apabila anda menambah papan kekunci kanan ke kiri, anda perlu memulakan semula Numbers sebelum anda nampak kawalan dwiarah. Lihat Sediakan papan kekunci atau sumber input lain untuk bahasa lain.
Arah lalai teks dalam sel jadual ialah berdasarkan pada papan kekunci semasa. (Anda boleh menukar papan kekunci di Seting > Umum > Papan Kekunci.)
Tukar arah teks dalam sel
Anda boleh menukar arah teks dalam sel.
Ketik sel untuk memilihnya.
Ketik , kemudian ketik Sel.
Ketik .
Terbalikkan arah jadual atau helaian
Jika anda menterbalikkan arah jadual, baris pengepala beralih ke sebelah lain dan susunan lajur diterbalikkan. Jika anda menterbalikkan helaian, semua jadual pada helaian, serta kedudukan relatif semua objek pada helaian, diterbalikkan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar arah jadual: Pilih jadual, ketik Tindakan Jadual, kemudian ketik Terbalikkan Arah Jadual.
Tukar arah helaian: Ketik tajuk helaian (secara lalai, Helaian 1), kemudian ketik Terbalikkan Arah Jadual.
Apabila anda menukar arah, penjajaran sel dipengaruhi seperti berikut:
Sel teks disetkan kepada jajar auto (seting lalai) menukar penjajaran teksnya.
Sel nombor yang disetkan kepada jajar auto (seting lalai) tidak menukar penjajaran nombornya. (Nombor sentiasa dijajarkan automatik kepada jajar kanan.)
Jika penjajaran sel ialah dijajarkan kanan, kiri atau tengah, ia mengekalkan penjajaran tersebut.
Jika penjajaran sel adalah diwajarkan, jurang untuk garis separa berubah daripada berada di kanan kepada berada di kiri.