Panduan Pengguna Numbers untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu dalam Numbers 13.2
-
- Pengenalan kepada Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Hak Cipta
Gunakan helaian dalam Numbers pada iPhone
Anda boleh menambah berbilang helaian (atau tab) pada hamparan untuk membantu anda menguruskan jadual, carta anda dan maklumat lain dengan lebih baik. Contohnya, anda boleh mengasingkan perancangan parti anda kepada helaian untuk belanjawan, carta tempat duduk, maklumat vendor dan senarai tugas.
Atur helaian
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Namakan semula helaian: Dwiketik nama helaian supaya titik sisipan kelihatan, kemudian taipkan nama baharu.
Duplikasikan helaian: Ketik tab yang sedang anda lihat, kemudian ketik Duplikasi.
Padamkan helaian: Ketik tab yang sedang anda lihat, kemudian ketik Padam.
Susun semula helaian: Seret tab ke kiri atau kanan untuk menyusunkan semula helaian.
Jika hamparan anda termasuk teks dwiarah (teks ditulis dalam kedua-dua bahasa kiri ke kanan dan kanan ke kiri), anda juga boleh membalikkan arah helaian anda. Lihat Gunakan teks dwiarah dalam jadual dalam Numbers pada iPhone.