Lindungi hamparan Numbers dengan kata laluan pada iPhone
Anda boleh memberi kata laluan pada hamparan agar orang yang mengetahui kata laluan sahaja boleh membuka hamparan tersebut. Kata laluan boleh terdiri daripada sebarang gabungan nombor, huruf besar atau huruf kecil dan aksara papan kekunci istimewa.
Hamparan hanya boleh mempunyai satu kata laluan. Jika anda menukar kata laluan sedia ada semasa anda berkongsi hamparan dengan lain, kata laluan baru menggantikan yang asal. Jika anda menambah kata laluan selepas anda berkongsi hamparan, pastikan anda memaklumkan peserta.
Penting: Tiada cara untuk memulihkan kata laluan anda jika anda melupakannya. Pastikan untuk memilih kata laluan yang anda tidak akan lupa, atau tulisnya di tempat selamat
Jika iPhone anda mempunyai Face ID (ciri pengesanan muka) atau Touch ID (ciri pengesanan cap jari), anda boleh menggunakannya untuk membuka hamparan yang dilindungi kata laluan. Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan Face ID atau Touch ID, lihat panduan pengguna untuk peranti anda.
Perlukan kata laluan untuk membuka hamparan
Ketik , ketik Set Kata Laluan, masukkan maklumat yang diminta, kemudian ketik Selesai.
Nota: Menambah kata laluan pada hamparan menyulitkan fail.
Tukar atau keluarkan kata laluan
Dengan hamparan terbuka, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tukar kata laluan: Ketik , kemudian ketik Tukar Kata Laluan. Masukkan maklumat yang diminta, kemudian ketik Selesai.
Keluarkan kata laluan: Ketik , ketik Tukar Kata Laluan, kemudian nyahaktifkan Perlukan Kata Laluan. Taipkan kata laluan lama, kemudian ketik Selesai.
Orang yang anda jemput untuk bekerjasama pada hamparan dan orang yang mempunyai kebenaran mengedit boleh menambah, menukar, atau memadamkan kata laluan.
Buka hamparan dilindungi kata laluan dengan Face ID atau Touch ID
Buka dengan Face ID: Ketik hamparan (jika anda nampak mesej meminta anda benarkan Numbers untuk menggunakan Face ID, ketik OK), kemudian pandang peranti anda.
Anda boleh aktifkan atau nyahaktifkan Face ID untuk Numbers pada bila-bila masa. Pergi ke Seting > Face ID & Kod Laluan > App Lain, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Numbers.
Buka dengan Touch ID: Ketik hamparan, kemudian letakkan jari anda pada Touch ID.
Jika anda menambah kata laluan kepada hamparan atau menukar kata laluan sedia ada, kata laluan hanya digunakan pada versi hamparan itu dan versi seterusnya.
Jika hamparan dikongsi, untuk mengelakkan orang lain memulihkan versi hamparan tidak dilindungi atau versi dengan kata laluan yang lama, henti berkongsi hamparan, tambah kata laluan unik padanya, kemudian kongsi hamparan lagi.