Kira nilai menggunakan data dalam sel jadual dalam Numbers pada iPad
Anda boleh mencipta formula atau sel fungsi yang melakukan pengiraan secara automatik menggunakan data dalam sebarang sel yang anda pilih. Sebagai contoh, anda boleh membandingkan nilai dalam dua sel, mengira jumlah atau hasil sel dan seterusnya. Keputusan formula atau fungsi muncul dalam sel yang anda masukkannya.
Anda juga boleh menggunakan mana-mana fungsi matematik yang dipratentukan yang disertakan dengan Numbers untuk mencipta formula. Terdapat lebih daripada 250 fungsi untuk digunakan termasuk statistik, kejuruteraan dan kewangan, sesetengahnya mengambil maklumat dari jauh melalui internet. Maklumat terperinci tentang setiap fungsi ini kelihatan dalam Bantuan Formula dan Fungsi dalam talian dan dalam Pelayar Fungsi, yang kelihatan apabila anda mula menambah fungsi pada sel (dengan mengetik ).
Masukkan formula
Anda boleh mencipta formula aritmetik yang ringkas atau rumit untuk melaksanakan pengiraan pada nilai dalam jadual anda.
Klik sel yang anda mahu hasil kelihatan, kemudian ketik di bahagian bawah skrin.
Ketik di atas papan kekunci di sebelah kanan.
Editor formula dan paparan kekunci kelihatan.
Nota: Papan kekunci berbeza mengikut model iPad berlainan.
Petua: Untuk membuat pengiraan asas seperti jumlah, purata, atau hasil darab, anda juga boleh memilih data yang anda mahu gunakan, ketik di bahagian bawah skrin, kemudian pilih formula. Numbers memasukkan formula secara automatik dan memilih sel hasil berdasarkan pilihan anda.
Ketik sel untuk menggunakan formula anda, atau masukkan nilai dengan melakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah teks: Ketik kekunci huruf.
Tambah fungsi: Jika anda tahu fungsi yang anda mahu masukkan, mula menaipnya, kemudian ketik satu daripada cadangan yang kelihatan.
Jika anda tidak pasti fungsi yang anda perlukan, ketik untuk membuka Pelayar Fungsi, ketik Kategori di bahagian atas Pelayar Fungsi untuk melihat senarai kategori fungsi, kemudian ketik kategori. Ketik fungsi untuk memasukkannya ke dalam editor formula (leret atas dan bawah untuk melihat fungsi yang tersedia). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sebarang fungsi, ketik bersebelahannya. (Pada kali pertama anda mengetik , ia mungkin mengambil beberapa saat untuk memaparkan maklumat.)
Tambah nombor atau simbol: Ketik simbol di baris teratas papan kekunci, atau untuk memasukkan nombor, ketik
Anda mungkin perlu mengetik , bergantung pada model iPad anda. Pada sesetengh model, anda boleh seret bawah pada kekunci huruf sehingga ia bertukar menjadi nombor di atas huruf, kemudian angkat jari anda. Contohnya, untuk memasukkan nombor 5, seret bawah pada kekunci T supaya ia bertukar menjadi 5.
Ketik operator aritmetik, kemudian pilih sel lain untuk digunakan dalam formula anda, atau taipkan nilai.
Jika anda tidak menentukan operator, Numbers memasukkan + antara rujukan sel.secara lalai.
Nota: Untuk menyertakan nilai dalam formula anda daripada jadual pada hamparan berlainan, pergi ke helaian tersebut dan ketik sel atau julat sel.
Ulang langkah 3 hingga 4 sehingga anda melengkapkan formula anda.
Ketik dalam editor formula untuk masukkan formula ke dalam sel.
Jika anda mengetik , anda memadam perkara yang anda baru masukkan; jika anda kemudian mengetik di sebelah kiri editor formula, anda memadam seluruh formula dan tutup editor formula.
Jika terdapat ralat dalam formula anda, muncul dalam sel hasil. Dwiketik padanya untuk melihat mesej ralat di atas editor formula.
Masukkan fungsi
Ketik sel di tempat anda mahu hasil kelihatan, ketik di bahagian bawah skrin, kemudian ketik di atas papan kekunci di sebelah kanan.
Jika anda tidak melihat , ketik di atas papan kekunci).
Editor formula dan paparan kekunci kelihatan.
Nota: Papan kekunci berbeza mengikut model iPad berlainan.
Jika anda tahu fungsi yang anda mahu masukkan, mula menaipnya, kemudian ketik satu daripada cadangan yang kelihatan.
Jika anda tidak pasti fungsi yang anda perlukan, ketik pada papan kekunci, ketik Kategori di bahagian atas Pelayar Fungsi untuk melihat senarai kategori fungsi, kemudian ketik kategori.
Anda juga boleh mengetik Terbaru untuk memilih fungsi yang anda gunakan baru-baru ini.
Ketik fungsi untuk memasukkannya dalam editor formula.
Leret ke atas dan bawah untuk melihat fungsi yang tersedia.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sebarang fungsi, ketik bersebelahannya. (Pada kali pertama anda mengetik , ia mungkin mengambil beberapa saat untuk memaparkan maklumat.)
Ketik setiap token dalam editor formula, kemudian pilih sel atau julat, pilih pilihan daripada menu timbul token (jika ia mempunyai anak panah), atau masukkan nilai sah lain untuk argumen.
Ketik untuk masukkan hasil dalam sel.
Jika anda baru menambah data ke formula sedia ada dan anda mengetik , anda memadam data yang ditambah, tetapi formula sebelumnya kekal dalam sel; jika anda kemudian mengetik di sebelah kiri editor formula, anda memadam seluruh formula dan menutup editor formula.
Untuk memasukkan data dalam sel lain, ketik Return pada papan kekunci atau ketik sel lain.
Jika terdapat ralat dalam formula anda, muncul dalam sel hasil. Dwiketik padanya untuk melihat mesej ralat di atas editor formula.
Bandingkan nilai menggunakan formula
Anda boleh menggunakan operator perbandingan untuk menyemak sama ada nilai dalam dua sel adalah sama atau sama ada satu nilai lebih besar atau kurang daripada yang lain. Untuk melakukan ini, anda mesti menyediakan kenyataan di dalam sel—contohnya A1 > A2, bermaksud nilai dalam sel A1 adalah lebih besar daripada nilai dalam sel A2. Hasil daripada operator perbandingan diungkapkan sebagai “true” atau “false”.
Dwiketik sel yang anda mahu hasil kelihatan.
Ketik di atas papan kekunci di sebelah kanan.
Jika anda tidak melihat , ketik di atas papan kekunci).
Editor paparan kekunci dan formula kelihatan.
Ketik sel untuk digunakan sebagai argumen pertama dalam formula anda atau taipkan nilai.
Ketik operator perbandingan (<, >, =, or ≠) dalam baris atas papan kekunci.
Ketik sel untuk digunakan sebagai argumen seterusnya dalam formula anda atau taipkan nilai.
Nota: Untuk pilih sel daripada jadual pada helaian berlainan, pergi ke helaian tersebut dan ketik sel.
Ketik dalam editor formula untuk masukkan formula ke dalam sel.
Jika anda mengetik , anda memadam perkara yang anda baru masukkan; jika anda kemudian mengetik di sebelah kiri editor formula, anda memadam seluruh formula dan tutup editor formula.
Jika terdapat ralat dalam formula anda, muncul dalam sel hasil. Dwiketik padanya untuk melihat mesej ralat di atas editor formula.
Rujuk sel dalam formula
Dalam formula, anda boleh menyertakan rujukan kepada sel, julat sel dan keseluruhan lajur atau baris data—termasuk sel dalam jadual lain dan pada helaian lain. Numbers menggunakan nilai dalam sel yang dirujuk untuk mengira hasil formula. Contohnya, jika anda menyertakan “A1” dalam formula, ia merujuk pada nilai dalam sel A1 (sel dalam Lajur A dan Baris 1).
Nota: Jika jadual anda menggunakan kategori dan anda menambah baris baharu dalam julat sel rujukan, hasil formula tidak menyertakan baris baharu melainkan anda menukar rujukan sel.
Contoh di bawah menunjukkan penggunaan rujukan sel dalam formula.
Jika julat yang dirujuk adalah lebih daripada satu sel, sel permulaan dan penamatan dipisahkan oleh noktah bertindih tunggal.
COUNT(A3:D7)
Jika rujukan adalah kepada sel dalam jadual lain, rujukan mesti mengandungi nama jadual (melainkan nama sel adalah unik di dalam semua jadual).
Table 2::B2
Ambil perhatian bahawa nama jadual dan rujukan sel dipisahkan oleh noktah bertindih berganda (::). Apabila anda memilih sel dalam jadual lain untuk formula, nama jadual tersebut akan disertakan secara automatik.
Jika rujukan adalah kepada sel dalam jadual dalam helaian lain, nama helaian mesti disertakan bersama (melainkan nama sel adalah unik dalam semua helaian).
SUM(Sheet 2::Table 1::C2:G2)
Nama helaian, nama jadual dan rujukan sel dipisahkan oleh noktah bertindih berganda. Apabila anda mengetik sel dalam helaian lain semasa membina formula, nama helaian dan nama jadual tersebut akan disertakan dalam formula secara automatik.
Untuk merujuk pada lajur, anda boleh menggunakan huruf lajur. Formula di bawah mengira jumlah sel dalam lajur ketiga:
SUM(C)
Untuk merujuk pada baris, anda boleh menggunakan nombor baris. Formula di bawah mengira jumlah sel dalam baris pertama:
SUM(1:1)
Untuk merujuk pada baris atau lajur dengan pengepala, anda boleh menggunakan nama pengepala. Formula di bawah menjumlahkan semua sel dalam baris dengan pengepala “Hasil”:
SUM(Revenue)
Formula di bawah merujuk kepada kolum mengikut nama pengepalanya, “Bilangan tetamu” dan sel B2 dalam jadual atau hamparan lain.
Kekalkan rujukan baris atau lajur dalam formula
Anda boleh mengesetkan rujukan baris dan lajur dalam formula kepada mutlak agar anda boleh menggunakan formula yang sama di tempat lain dalam hamparan anda tanpa menukar rujukan sel, seperti yang biasa dilakukan.
Jika anda tidak mengekalkan rujukan baris atau lajur, jika anda mengalihkan formula (dengan potong dan tampal atau dengan melaraskan baris dan lajur baharu), rujukan dilaraskan relatif kepada lokasi baharu formula.
Diketik sel yang mengandungi formula yang alamat selnya mahu dikekalkan.
Editor formula dan paparan kekunci kelihatan.
Ketik segi tiga pada token yang mewakili julat sel yang mahu dikekalkan.
Aktifkan Kekalkan Baris atau Kekalkan Lajur untuk alamat mula atau akhir bagi julat yang dipilih.
Sekiranya anda mengubah bilangan baris atau lajur dalam jadual, atau sekiranya anda mengalihkan formula tersebut ke sel lain, rujukan baris atau lajur yang dikekalkan itu akan diselaraskan, tetapi mengekalkan rujukan sel asal mutlaknya.
Ketik untuk masukkan seting ini.
Untuk teruskan memasukkan data, ketik Return pada papan kekunci atau ketik sel lain.
Tukar formula sedia ada
Anda boleh mengedit formula sedia ada agar ia merujuk pada sel lain.
Ketik sel hasil dengan formula yang anda mahu edit, kemudian ketik di bahagian bawah skrin.
Editor formula dan paparan kekunci kelihatan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah lagi rujukan sel: Ketik kawasan argumen editor formula untuk memasukkan titik sisipan di tempat yang anda mahu tambahkan rujukan sel, kemudian pilih sel yang anda mahu tambah.
Keluarkan rujukan sel: Dalam editor formula, pilih rujukan sel yang tidak diingini, kemudian ketik pada papan kekunci.
Tukar rujukan sel: Pilih alamat sel sedia ada yang anda mahu tukar, kemudian ketik sel baharu.
Ketik untuk masukkan hasil dalam sel.
Jika anda baru masukkan data ke dalam formula tersedia dan anda ketik , anda padamkan data, tetapi formula tadi kekal di dalam sel. Jika kemudian anda ketik di sebelah kiri editor formula, anda padamkan seluruh formula dan tutup editor formula.
Untuk memasukkan data kedalam sel lain, ketik sel atau ketik Return pada papan kekunci.
Jika terdapat ralat dalam formula anda, muncul dalam sel hasil. Dwiketik padanya untuk melihat mesej ralat di atas editor formula.