Tambah atau keluarkan baris dan lajur dalam Numbers pada iPad
Anda boleh tambah, padam dan susun semula baris dan lajur dalam jadual. Terdapat tiga jenis baris dan lajur dalam jadual:
Baris dan lajur isi mengandungi data jadual.
Baris dan lajur pengepala (jika ada) di bahagian atas dan kiri jadual. Baris dan lajur pengepala biasanya mempunyai warna latar belakang berbeza daripada baris isi dan biasanya digunakan untuk mengenal isi baris atau lajur. Data dalam sel pengepala tidak digunakan dalam kiraan, namun teks dalam sel pengepala boleh digunakan dalam formula untuk merujuk pada sel dalam kesemua baris atau lajur. Jadual boleh mengandungi sehingga lima baris pengepala dan lima lajur pengepala.
Anda boleh membekukan (atau mengunci) baris dan lajur pengepala agar ia sentiasa kelihatan semasa anda menskrol hamparan.
Baris pengaki (jika ada) kelihatan di bahagian bawah jadual. Jadual boleh mempunyai sehingga lima baris pengaki.
Tambah atau keluarkan baris dan lajur
Ketik jadual.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah atau padamkan baris atau lajur di pinggir jadual: Ketik di penjuru kiri bawah jadual untuk menambah satu baris; seret ke bawah atau atas untuk menambah atau memadam berbilang baris. Ketik pada penjuru kanan atas jadual untuk menambah satu lajur; seret untuk menambah atau membuang berbilang lajur. Anda boleh memadamkan baris atau lajur hanya jika semua selnya kosong.
Tukar bilangan baris dan lajur dalam jadual: Pilih jadual, ketik , ketik Jadual, kemudian gunakan di sebelah Baris atau Lajur, atau ketik bilangan baris atau lajur untuk memasukkan nilai baharu.
Masukkan baris atau lajur di dalam jadual: Pilih baris atau lajur bersebelahan (ketik nombor baris atau huruf lajur) ketik atau , kemudian ketik pilihan peletakan.
Masukkan berbilang baris atau lajur di dalam jadual: Pilih beberapa baris atau lajur—bersamaan dengan bilangan baris atau lajur yang anda mahu masukkan dan bersebelahan dengan tempat anda mahu masukkannya—ketik atau , kemudian ketik pilihan peletakan.
Padamkan baris atau lajur di dalam jadual: Pilih baris atau lajur, kemudian ketik Padam dalam menu pintasan.
Anda juga boleh salin baris dan lajur daripada jadual dalam hamparan lain atau daripada Pages atau Keynote.
Tambah, keluarkan atau bekukan baris dan lajur pengepala
Menambah baris pengepala, lajur pengepala atau baris pengaki menukar baris atau lajur sedia ada menjadi pengepala atau pengaki. Contohnya, jika anda mempunyai data dalam baris pertama jadual dan anda menambah baris pengepala, baris pertama ditukarkan kepada baris pengepala yang mengandungi data yang sama.
Anda boleh membekukan baris atau lajur pengepala agar ia sentiasa kelihatan semasa anda menskrol hamparan.
Ketik jadual, ketik , ketik jadual, kemudian ketik Pengepala & Pengaki.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah atau padamkan pengepala dan pengaki: Ketik bersebelahan kategori pengepala atau pengaki.
Bekukan baris atau lajur pengepala: Aktifkan atau nyahaktifkan Bekukan Baris atau Bekukan Lajur.
Sembunyi atau tunjukkan baris dan lajur
Menyembunyikan baris atau lajur adalah berguna jika, contohnya, anda perlu menggunakan datanya untuk formula, tetapi anda tidak mahu data kelihatan.
Nota: Anda tidak boleh menyembunyikan baris atau lajur dalam jadual pivot, tetapi anda boleh menggunakan penapis jika anda hanya mahu menunjukkan data tertentu dalam jadual pivot. Lihat Tapis data dalam Numbers pada iPad
Ketik jadual.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Sembunyikan baris atau lajur: Pilih satu atau lebih baris atau lajur untuk disembunyikan, ketik atau , kemudian ketik pilihan.
Bar kelabu kelihatan antara huruf lajur atau nombor baris untuk menunjukkan tempat lajur dan baris disembunyikan.
Nota: Jika baris atau lajur yang anda pilih mengandungi sel yang digabungkan, anda mungkin tidak boleh menyembunyikan baris atau lajur tersebut. Sebagai contoh, jika anda menggabungkan dua sel dalam satu baris, anda boleh menyembunyikan baris yang mengandungi sel digabungkan, tetapi anda tidak boleh menyembunyikan lajur yang mengandungi sel digabungkan.
Tunjukkan baris dan lajur tersembunyi: Ketik sebarang nombor baris atau huruf lajur, ketik atau , kemudian ketik Nyahsembunyikan Semua Baris atau Nyahsembunyikan Semua Lajur.
Paparkan baris ditapis
Jika anda mengimport hamparan Numbers atau Microsoft Excel dengan penapisan diaktifkan, beberapa baris dalam jadual anda mungkin tersembunyi (atau ditapis). Untuk memaparkan baris yang ditapis keluar, anda mesti menyahaktifkan penapisan.
Ketik jadual, ketik di penjuru kiri atasnya, kemudian ketik di penjuru kanan bawah skrin.
Ketik Nyahaktifkan Penapis (jika anda tidak nampak Nyahaktifkan Penapis, tiada penapisan berlaku).
Untuk menggunakan semula kriteria penapisan, ketik Aktifkan Penapis. Anda tidak boleh menambah atau mengedit kriteria penapisan pada iPhone atau iPad anda.