Pengenalan kepada kerjasama dalam Numbers
Anda boleh bekerjasama dengan orang lain pada masa nyata dengan berkongsi pautan ke hamparan Numbers anda. Memandangkan hamparan dikongsi dan sebarang perubahan padanya disimpan dalam iCloud, orang yang bekerja pada hamparan boleh melihat perubahan yang dilakukan.
Sebagai pemilik hamparan, anda mengawal orang yang mempunyai akses kepadanya dan perkara yang pengguna tersebut boleh lakukan:
Akses: Anda boleh menghantar pautan yang sesiapa sahaja boleh gunakan untuk membuka hamparan tersebut. Atau, anda boleh menjemput orang tertentu yang mesti mendaftar masuk dengan Apple ID mereka untuk membuka hamparan.
Keizinan: Anda boleh pilih sama ada orang lain boleh membuat perubahan kepada hamparan atau hanya melihatnya.
Jemputan: Anda boleh membenarkan peserta menambah lebih ramai orang pada hamparan.
Anda boleh mengubah seting akses, keizinan dan jemputan atau berhenti berkongsi hamparan pada bila-bila masa.
Keperluan iCloud
Untuk menjemput orang lain untuk bekerjasama pada hamparan, anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID anda dan mengaktifkan iCloud Drive.
Jika anda menjemput seseorang menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang tidak dikaitkan dengan Apple ID, mereka tidak dapat menerima jemputan sehingga mereka menambah alamat e-mel atau nombor telefon ke Apple ID mereka. Apabila mereka mengetik atau mengklik pautan dalam jemputan, arahan kelihatan.
Keperluan sistem minimum
Untuk bekerjasama pada hamparan dikongsi, orang yang anda berkongsi memerlukan mana-mana daripada berikut:
Mac dengan macOS 12.3 atau lebih baharu dan Numbers 13.0 atau lebih baharu
iPhone dengan iOS 15.4 atau lebih baharu dan Numbers 13.0 atau lebih baharu
iPad dengan iPadOS 15.4 atau lebih baharu dan Numbers 13.0 atau lebih baharu
Mac dengan macOS 12.3 atau lebih baharu atau komputer Windows dan pelayar disokong
Sesiapa dengan peranti Android, atau peranti Apple yang tidak memenuhi keperluan sistem minimum, boleh melihat tetapi tidak boleh mengedit hamparan.
Nota: Tidak semua ciri Numbers tersedia untuk hamparan dikongsi. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kerjasama untuk Pages, Numbers dan Keynote.
Bekerja di luar talian
Semasa anda tidak disambungkan ke internet, anda boleh terus bekerja pada hamparan yang dikongsi dengan orang lain. Kali seterusnya anda dalam talian, perubahan dimuat naik ke iCloud secara automatik. Lihat Edit semasa di luar talian.
Jika hamparan anda disimpan dalam Box berbanding iCloud, anda boleh menggunakan Box untuk bekerjasama.