Susun senarai main dalam folder dalam Muzik pada Mac
Untuk membantu anda menyusun lagu dan video muzik, anda boleh mencipta folder, kemudian tambahkan senarai main standard dan pintar, serta folder lain padanya. (Anda tidak boleh menambah lagu individu, senarai main daripada Apple Music atau pengguna lain, atau video terus ke folder.)
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Fail > Baharu > Folder Senarai Main.
Taipkan nama untuk folder dan tekan Return.
Untuk menamakan semula folder, dwiklik padanya dan taipkan nama baharu.
Untuk menambah item ke folder, seret senarai main atau folder lain ke dalam folder.
Untuk memindahkan folder keluar daripada folder lain, seretnya ke arah pinggir kiri tetingkap Muzik.
Nota: Jika anda mahu menukar tertib item dalam folder, pilih folder, kemudian pilih Paparan > Isih Mengikut.
Jika anda memadam folder, semua senarai main dan folder di dalam folder tersebut dipadamkan; namun begitu, lagu dalam senarai main atau folder kekal dalam pustaka muzik anda dan komputer anda.