Sambungkan peranti anda ke Mac anda untuk menyelaraskan kandungan Muzik
Jika anda menyambungkan iPhone, iPad, atau iPod anda ke Mac, anda boleh memindahkan dan mengemas kini item antara Mac anda dan peranti anda.
Sambungkan peranti anda ke Mac anda menggunakan kabel USB atau USB-C.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika ini kali pertama anda menyambungkan peranti ini ke Mac anda: Buka Finder pada Mac anda, klik peranti dalam bar sisi Finder, kemudian klik Percaya; anda mungkin juga perlu mengetik Percaya pada peranti.
Jika ini bukan kali pertama anda menyambungkan peranti ini ke Mac anda: Dalam app Muzik pada Mac anda, klik peranti dalam bar sisi, kemudian klik Seting Penyelarasan di bahagian penjuru kanan atas.
Peranti dibuka dalam Finder pada Mac anda.
Selepas anda menyambungkan peranti anda ke Mac, anda boleh menyelaraskan kandungan antara kedua-duanya. Lihat Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone atau iPad atau Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone atau iPad melalui Wi-Fi.