![](https://help.apple.com/assets/63B876DC92F98156FB4566F1/63B876DD92F98156FB4566F8/ms_MY/644303d199b1bf61827a5854ae4867f8.png)
Laraskan kualiti bunyi dalam Muzik pada Mac
Dengan penyama Muzik, anda boleh menala halus frekuensi tertentu pada spektrum bunyi. Anda boleh menyesuaikan bunyi untuk genre berlainan, bilik dalam rumah anda atau speaker tertentu. Anda boleh memilih daripada lebih 20 praset bagi seting penyama yang paling biasa digunakan atau laraskan seting secara manual dan simpan seting tersuai anda sebagai praset yang boleh anda gunakan sekali lagi.
Anda juga boleh menambah kedalaman dan menghidupkan kualiti muzik anda dengan melaraskan Peningkat Bunyi.
Gunakan penyama Muzik
Dalam app Muzik
pada Mac anda, pilih Tetingkap > Penyama.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih pilihan praset daripada menu timbul.
Seret gelangsar frekuensi (juga dikenali sebagai pemudar) ke atas atau bawah untuk meningkatkan atau mengurangkan kelantangan frekuensi (dalam desibel).
Seting penyama digunakan pada semua lagu sehingga anda menukar seting, kecuali lagu yang mempunyai praset penyama ditetapkan padanya.
Pilih Aktif untuk mengaktifkan penyama.
![Tetingkap Penyama: Kotak semak untuk mengaktifkan penyama Muzik berada di bahagian penjuru kiri atas. Bersebelahannya ialah menu timbul dengan praset penyama. Di sebelah hujung kiri, laraskan kelantangan keseluruhan untuk frekuensi dengan praamp. Di bawah praset penyama, laraskan aras bunyi julat frekuensi berlainan, yang mewakili spektrum pendengaran manusia daripada paling bawah kepada paling atas.](https://help.apple.com/assets/63B876DC92F98156FB4566F1/63B876DD92F98156FB4566F8/ms_MY/e08e2ae4abbde940d148a7e7a74c19aa.png)
Cipta praset penyama anda sendiri
Dalam app Muzik
pada Mac anda, pilih Tetingkap > Penyama.
Seret gelangsar untuk melaraskan seting frekuensi.
Pilih Buat Praset daripada menu timbul dan namakan praset anda.
Untuk menamakan semula atau memadamkan praset, pilih Edit Senarai daripada menu timbul.
Pilih praset penyama untuk lagu khusus
Dalam app Muzik
pada Mac anda, pilih lagu dalam tetingkap Muzik.
Pilih Lagu > Info, kemudian klik Pilihan.
Pilih seting daripada menu timbul penyama.
Untuk memilih praset bagi lagu lain, gunakan butang Seterusnya
atau butang Sebelumnya
di penjuru kiri bawah.
Klik OK.
Praset penyama yang anda pilih digunakan pada lagu pada bila-bila masa anda memainkannya.
Laraskan Peningkat Bunyi
Peningkat Bunyi meningkatkan “keluasan” anggapan kesan stereo dengan mengubah suai respons bes dan trebel.
Dalam app Muzik
pada Mac anda, pilih Muzik > Seting, kemudian klik Main Balik.
Pastikan Peningkat Bunyi dipilih.
Untuk meningkatkan atau mengurangkan kesan Peningkat Bunyi, seret gelangsar.