
Tunjukkan lokasi semasa anda dalam Peta pada Mac
Peta menggunakan lokasi anda untuk membantu anda mencari arah dari tempat anda berada ke tempat anda mahu pergi dan menunjukkan anda perniagaan, restoran dan tempat menarik lain yang berdekatan.
Benarkan Peta untuk menggunakan lokasi anda
Jika mesej menyatakan bahawa Peta tidak dapat menggunakan lokasi semasa, anda perlu mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi dalam Seting Sistem.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Perkhidmatan Lokasi di sebelah kanan, aktifkan Perkhidmatan Lokasi, kemudian aktifkan Peta dalam senarai di bawah.
Tunjuk lokasi anda pada peta
Pergi ke app Peta
pada Mac anda.
Klik
dalam bar alat.
Titik kelihatan pada peta di lokasi anda.
Untuk berkongsi lokasi semasa anda, Control-klik titik, pilih Kongsi, kemudian pilih pilihan perkongsian. Untuk berkongsi lokasi anda semasa anda bergerak, lihat Kongsi lokasi anda dalam Cari pada iPhone atau Kongsi lokasi anda dalam Cari pada iPad.
Nyahaktifkan lokasi semasa anda
Anda boleh nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk semua app pada Mac anda atau hanya untuk Peta.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Perkhidmatan Lokasi di sebelah kanan, kemudian nyahaktifkan Peta. Anda juga boleh menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk semua app.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Perkhidmatan Lokasi dan privasi, lihat Kawal akses ke lokasi Mac anda.