Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
![](https://help.apple.com/assets/59D529A8680CE221160B776D/59D529A9680CE221160B7775/ms_MY/6b1f0754dcbc3722f83e9d3b28cff5c3.png)
Bantuan Peta
Selamat Datang ke Peta
Dapatkan arah, rancang laluan anda, lihat keadaan trafik dan lihat anggaran masa perjalanan anda.
![Tetingkap Peta menunjukkan arah ke destinasi.](https://help.apple.com/assets/59D529A8680CE221160B776D/59D529A9680CE221160B7775/ms_MY/ab912dfa04813b03687e0497a67d81d9.png)
![Tetingkap Info untuk pin pada peta menunjukkan alamat lokasi dan anggaran masa perjalanan dari lokasi anda.](https://help.apple.com/assets/59D529A8680CE221160B776D/59D529A9680CE221160B7775/ms_MY/70561a1096a242107b00365432d4e4ab.png)
Cari tempat yang anda mahu pergi
Dapatkan lokasi tepat untuk restoran, taman, perniagaan atau titik vista yang anda mahu lawati. Hanya masukkan destinasi anda dalam medan carian untuk melihatnya pada peta.
![Tetingkap Peta menunjukkan laluan ke destinasi.](https://help.apple.com/assets/59D529A8680CE221160B776D/59D529A9680CE221160B7775/ms_MY/3712b982e83262910570c63ba64230b3.png)
Jadikan Peta panduan anda
Lihat laluan anda dengan setiap nama jalan, pusingan dan mercu tanda di sepanjang perjalanan. Masukkan lokasi permulaan dan penamatan untuk melihat jalan paling jauh untuk pergi ke tempat yang anda mahukan, berserta anggaran masa dan perbatuan.
![Tetingkap Peta menunjukkan laluan transit ke destinasi dan anggaran masa perjalanan.](https://help.apple.com/assets/59D529A8680CE221160B776D/59D529A9680CE221160B7775/ms_MY/0230794d4f2b30d01572527e847ad579.png)
Pandu, berjalan, atau berkongsi kenderaan
Kesuntukan masa dan perlukan jalan terpantas untuk ke destinasi anda? Klik Pandu, Jalan, atau Transit untuk mencari pilihan perjalanan terbaik.
Mahu ketahui lebih lanjut? Lihat Tunjukkan lokasi semasa anda dan Dapatkan dan hantar arah.