Pastikan peti mel tidak menjadi terlalu besar dalam Mail pada Mac
Berikut ialah cadangan untuk dicuba jika peti mel terlalu besar sehingga anda tidak dapat mencari mesej, atau anda mahu mengurangkan jumlah ruang storan yang Mail gunakan pada Mac anda.
Dalam app Mail pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Padam mesej yang anda tidak perlukan lagi, terutamanya dengan lampiran yang besar.
Simpan lampiran pada Mac anda, kemudian padam lampiran dari mesej.
Cipta lebih banyak peti mel untuk mengatur mesej anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai mesej yang berkaitan dengan rancangan perjalanan, anda boleh mencipta peti mel yang dipanggil Perjalanan dan mengalihkan mesej yang berkaitan dengan perjalanan ke peti mel itu.
Gunakan peraturan untuk alihkan mesej masuk dari Peti Masuk anda ke peti mel lain secara automatik. Sebagai contoh, anda boleh cipta peraturan untuk alih mesej berkaitan perjalanan ke peti mel Perjalanan apabila ia tiba. Anda juga boleh gunakan peraturan untuk memproses mesej yang telah berada dalam peti mel.