Pastikan peti mel tidak menjadi terlalu besar
Jika peti masuk anda atau peti mel lain terlalu besar untuk mencari mesej, atau anda mahu mengurangkan jumlah ruang storan yang digunakan Mail pada Mac anda, cuba beberapa cadangan ini.
Padam mesej yang anda tidak perlukan lagi, terutamanya dengan lampiran yang besar.
Simpan lampiran pada Mac anda, kemudian padam lampiran dari mesej.
Cipta lebih banyak peti mel untuk mengatur mesej anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai mesej yang berkaitan dengan rancangan perjalanan, anda boleh mencipta peti mel yang dipanggil Perjalanan dan mengalihkan mesej yang berkaitan dengan perjalanan ke peti mel itu.
Gunakan peraturan untuk alihkan mesej masuk dari Peti Masuk anda ke peti mel lain secara automatik. Sebagai contoh, anda boleh cipta peraturan untuk alih mesej berkaitan perjalanan ke peti mel Perjalanan apabila ia tiba. Anda juga boleh gunakan peraturan untuk memproses mesej yang telah berada dalam peti mel.