Percayai sijil pada Mac
Jika app Mail pada Mac anda tidak boleh mengesahkan pelayan atau tandatangan, anda boleh menyemak sijil yang ia paparkan.
Dalam dialog Sahkan Sijil, klik Tunjukkan Sijil.
Semak semula sijil, kemudian jika anda yakin dengan pelayan atau tandatangan, pilih kotak semakan untuk sentiasa percaya sijil atau mengakui bahawa tandatangan adalah sah.
Untuk mendapatkan maklumat tentang polisi kepercayaan semasa, klik segi tiga pendedahan Butiran. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang polisi kepercayaan, lihat Polisi sijil kepercayaan.
Klik Sambung atau OK, kemudian masukkan kata laluan akaun anda (jika diperlukan).
Jika sijil itu ialah sijil akar, masukkan nama dan kata laluan pentadbir Mac yang anda sedang gunakan.
Jika anda menukar dasar kepercayaan sijil kemudian, gunakan Akses Rantai Kunci.