Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Klik kanan pada Mac
Control-klik pada Mac adalah serupa dengan klik-kanan pada komputer Windows dan ia merupakan cara untuk membuka menu pintasan (atau kontekstual) pada Mac.
Control-klik: Tekan dan tahan kekunci Control semasa anda mengklik item.
Sebagai contoh, Control-klik ikon, tetingkap, bar alat, desktop, atau item lain. Pilihan yang ditunjukkan dalam menu pintasan berbeza bergantung pada item yang anda klik.
Anda boleh menukar pilihan untuk trackpad anda dan untuk tetikus anda supaya anda boleh klik kanan dengan cara yang anda paling suka.