Jika Mac baru anda “mewarisi” sejarah sandaran anda
Anda boleh mengalih sejarah sandaran daripada satu Mac kepada yang lain, tetapi selepas Mac baru “mewarisi” sejarah sandaran, anda tidak akan dapat menggunakan sejarah sandaran pada komputer asal.
Anda diminta untuk menentukan sama ada anda inginkan Mac baru mewarisi sandaran jika anda melakukan mana-mana daripada berikut:
Gunakan Pembantu Penghijrahan untuk memindahkan seting anda dari Mac lama kepada yang baru.
Gunakan Pembantu Penghijrahan untuk memindahkan seting anda dari sandaran Time Machine dari Mac lama kepada yang baru.
Klon cakera yang anda gunakan untuk memulakan Mac anda, atau alihkannya secara fizikal dari Mac lama kepada yang baru.
Gantikan papan logik komputer anda.
Jika anda menggantikan Mac lama dan inginkan Mac yang baru menggunakan sandaran daripada yang lama, klik Warisi Sandaran.
Jika anda merancang untuk terus menggunakan Mac lama anda, klik Ciptakan Sandaran Baru untuk memelihara sejarah sandaran dan memulakan sandaran berasingan untuk Mac baru anda.