Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Senyapkan atau solokan jaluran saluran dengan Logic Remote pada iPhone
Dalam Pencampur Logic Remote, anda boleh menyenyapkan jaluran saluran untuk menyenyapkan isyaratnya atau solokan jaluran saluran bagi mendengarnya sahaja.
Senyapkan atau solokan jaluran saluran
Dalam Logic Remote, ketik butang Senyap dalam jaluran saluran untuk menyenyapkan jaluran saluran.
Ketik butang Solo dalam jaluran saluran untuk solokan jaluran saluran.
Untuk menyahsenyapkan atau menyahsolokan jaluran saluran, ketik butang Senyap atau Solo sekali lagi.
Reset keadaan senyap atau solo untuk semua jaluran saluran
Dalam Logic Remote, ketik butang Reset Senyap untuk mereset keadaan senyap semua jaluran saluran.
Ketik butang Padam Solo untuk mereset keadaan solo semua jaluran saluran.
Ketik butang Ulang Solo untuk mengulang keadaan solo semua jaluran saluran selepas direset.