Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Senyapkan atau solokan jalur saluran dengan Logic Remote pada iPhone
Dalam Pencampur Logic Remote, anda boleh menyenyapkan jalur saluran untuk menyenyapkan isyaratnya atau solokan jalur saluran bagi mendengarnya sahaja.
Senyapkan atau solokan jalur saluran
Dalam Logic Remote, ketik butang Senyap dalam jalur saluran untuk menyenyapkan jalur saluran.
Ketik butang Solo dalam jalur saluran untuk solokan jalur saluran.
Untuk menyahsenyapkan atau menyahsolokan jalur saluran, ketik butang Senyap atau Solo sekali lagi.
Reset keadaan senyap atau solo untuk semua jalur saluran
Dalam Logic Remote, ketik butang Reset Senyap untuk mereset keadaan senyap semua jalur saluran.
Ketik butang Padam Solo untuk mereset keadaan solo semua jalur saluran.
Ketik butang Ulang Solo untuk mengulang keadaan solo semua jalur saluran selepas direset.