Lindungi pembentangan Keynote dengan kata laluan pada Mac
Anda boleh memberi kata laluan pada pembentangan agar orang yang mengetahui kata laluan sahaja boleh membuka pembentangan tersebut. Kata laluan boleh terdiri daripada sebarang gabungan nombor, huruf besar atau huruf kecil dan aksara papan kekunci istimewa.
Pembentangan hanya boleh mempunyai satu kata laluan. Jika anda menukar kata laluan sedia ada semasa anda berkongsi pembentangan dengan lain, kata laluan baharu menggantikan yang asal. Jika anda menambah kata laluan selepas anda berkongsi pembentangan, pastikan anda memaklumkan peserta.
Penting: Tiada cara untuk memulihkan kata laluan anda jika anda melupakannya. Pastikan untuk memilih kata laluan yang anda tidak akan lupa, atau tulisnya di tempat selamat
Jika komputer anda mempunyai Touch ID, ciri pengesanan cap jari, anda boleh menggunakannya untuk membuka pembentangan dilindungi kata laluan anda dengan cap jari anda sahaja.
Perlukan kata laluan untuk membuka pembentangan
Pilih Fail > Setkan Kata Laluan (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda), masukkan maklumat yang diminta, kemudian klik Setkan Kata Laluan.
Jika komputer anda tidak disediakan untuk Touch ID, “Ingat kata laluan ini dalam rantai kunci saya” muncul. Anda boleh memilih kotak semak untuk menambah kata laluan ke rantai kunci anda agar anda tidak perlu menaip kata laluan setiap kali.
Jika komputer anda disediakan untuk Touch ID, “Buka dengan Touch ID” muncul. Anda boleh memilih kotak semak untuk mengaktifkan Touch ID untuk pembentangan.
Nota: Menambah kata laluan pada pembentangan akan menyulitkan fail.
Tukar atau keluarkan kata laluan
Dengan pembentangan dibuka, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tukar kata laluan: Pilih Fail > Tukar Kata Laluan (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda). Masukkan maklumat yang diminta, kemudian klik Tukar Kata Laluan.
Pembentangan hanya boleh mempunyai satu kata laluan, jadi jika anda menukar kata laluan apabila anda berkongsi pembentangan, ia menjadi satu-satunya kata laluan pembentangan.
Keluarkan kata laluan: Pilih Fail > Tukar Kata Laluan. Taipkan kata laluan lama, kemudian klik Keluarkan Kata Laluan.
Orang yang anda jemput untuk bekerjasama pada pembentangan dan orang yang mempunyai kebenaran mengedit boleh menambah, menukar, atau memadamkan kata laluan.
Sediakan Touch ID untuk membuka pembentangan yang dilindungi kata laluan
Sebelum anda boleh menggunakan Touch ID untuk membuka pembentangan dilindungi kata laluan, anda perlu menyediakannya pada komputer anda.
Untuk menyediakan Touch ID, lakukan kedua-dua yang berikut:
macOS Ventura 13 atau lebih baharu: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Touch ID & Kata Laluan, klik Tambah Cap Jari, kemudian ikuti arahan atas skrin.
macOS 12 atau lebih lama: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Touch ID, klik Tambah Cap Jari, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Nota: Jika anda tidak melihat Touch ID, ciri ini tidak tersedia pada Mac anda.
Sediakan Touch ID untuk Keynote: Dalam Keynote, pilih Keynote > Seting (daripada menu Keynote di bahagian atas skrin anda), kemudian pilih kotak semak untuk Gunakan Touch ID.
Buka pembentangan dilindungi kata laluan dengan Touch ID
Dwiklik pembentangan, kemudian letakkan jari anda pada Touch ID.
Jika anda menambah kata laluan kepada pembentangan atau mengubah kata laluan sedia ada, kata laluan hanya digunakan pada versi di mana kata laluan ditambah atau diubah dan pada versi seterusnya.
Jika pembentangan dikongsi, untuk mengelakkan orang lain memulihkan versi pembentangan tidak dilindungi atau versi dengan kata laluan yang lama, henti berkongsi pembentangan, tambah kata laluan unik padanya, kemudian kongsi pembentangan lagi.
Nota: Anda juga boleh melindungi pembentangan dengan memerlukan kata laluan berasingan untuk hentikan atau keluar daripada pembentangan semasa ia dimainkan. Keperluan kata laluan ini berguna, contohnya, apabila pembentangan disetkan kepada main secara automatik dalam kiosk.