Formatkan tarikh, mata wang dan banyak lagi dalam Keynote pada Mac
Anda boleh memformatkan sel jadual untuk memaparkan teks, nombor, mata wang, peratusan, tarikh dan masa serta tempoh yang menunjukkan jangka masa (contohnya, “3 minggu 4 hari 2 jam”). Format sel menentukan cara data dalam sel kelihatan dan cara data sel dikenali oleh formula yang merujuk pada sel tersebut.
Anda juga boleh memilih bilangan titik perpuluhan untuk kelihatan dalam sel yang mengandungi nombor, unit mata wang atau nilai peratus, walaupun nilai tepat yang dimasukkan ke dalam sel adalah lebih jitu daripada apa yang anda mahu tunjukkan. Nilai sebenar yang dimasukkan sentiasa digunakan dalam pengiraan, tidak kira bilangan tempat perpuluhan yang kelihatan dalam sel. Apabila formula merujuk pada teks dalam sel, nilai yang dipaparkan digunakan dalam pengiraan.
Anda boleh menukar format sel walaupun anda sudah menaip kandungan dalam sel. Contohnya, jika anda mempunyai jadual harga, anda boleh menambahkan simbol mata wang (contohnya, simbol dolar $) pada sel dengan memformatkannya sebagai mata wang, kemudian pilih simbol yang anda mahu.
Formatkan sel secara automatik
Secara lalai, Keynote memformatkan sel jadual secara automatik, jadi huruf dan nombor kelihatan mengikut cara anda inginkannya. Jika anda menukar format data untuk sel, anda sentiasa boleh bertukar kembali kepada format automatik.
Nombor
Secara lalai, sel yang diformatkan sebagai nombor memaparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taipkan ke dalamnya. Tetapi, anda juga boleh mengubahnya supaya semua sel itu diformatkan sebagai nombor akan memaparkan bilangan tempat perpuluhan yang sama.
Perubahan pada seting perpuluhan digunakan pada nombor dan juga peratusan. Contohnya, jika anda mengubah sel yang mengandungi nombor kepada peratusan, bilangan tempat perpuluhan yang dipaparkan tidak berubah.
Dalam bar sisi Format , klik tab Sel.
Klik menu timbul Format Data, kemudian pilih pilihan:
Nombor: Memaparkan pemformatan nombor standard.
Setkan bilangan tempat perpuluhan: Dalam medan Perpuluhan, taipkan bilangan tempat perpuluhan yang anda mahu dipaparkan. Keynote akan membundarkan nilai paparan berbanding memangkas nilai paparan. Sebagai contoh, jika nilai dalam sel “5.75” dan anda mengesetkan bilangan tempat perpuluhan kepada 0 (sifar), Keynote memaparkan “6”.
Paparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taipkan dalam setiap sel: Padamkan nombor dalam medan Perpuluhan atau klik anak panah bawah Perpuluhan sehingga anda mencapai seting Auto.
Tentukan cara nilai negatif dipaparkan: Klik menu timbul di sebelah kanan medan Desimal, kemudian pilih pilihan.
Tunjukkan pemisah ribu: Pilih kotak semak Pemisah Ribu.
Pecahan: Memaparkan nombor dengan pengangka dan penyebut. Klik menu timbul Ketepatan dan pilih pilihan untuk menentukan bilangan digit maksimum yang anda mahu dipaparkan atau untuk membundarkan nilai kepada separuh, suku terdekat dan seterusnya.
Saintifik: Memaparkan nombor dalam notasi saintifik. Dalam medan Perpuluhan, taipkan bilangan tempat perpuluhan yang anda mahu dipaparkan atau pilih Auto untuk memaparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taipkan.
Mata wang (unit nilai kewangan)
Secara lalai, sel yang diformatkan sebagai mata wang memaparkan dua tempat perpuluhan. Anda boleh menukar seting ini supaya sel memaparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taip dalamnya atau agar semua sel memaparkan bilangan tempat perpuluhan yang sama.
Dalam bar sisi Format , klik tab Sel.
Klik menu timbul Format Data, kemudian pilih Mata Wang.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Setkan bilangan tempat perpuluhan: Dalam medan Perpuluhan, taipkan bilangan tempat perpuluhan yang anda mahu dipaparkan. Keynote akan membundarkan nilai paparan berbanding memangkas nilai paparan. Sebagai contoh, jika nilai dalam sel “5.75” dan anda mengesetkan bilangan tempat perpuluhan kepada 0 (sifar), Keynote memaparkan “6”.
Paparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taipkan dalam setiap sel: Padamkan nombor dalam medan Perpuluhan atau klik anak panah bawah Perpuluhan sehingga anda mencapai seting Auto.
Tentukan cara nilai negatif dipaparkan: Klik menu timbul di sebelah kanan medan Desimal, kemudian pilih pilihan.
Tunjukkan pemisah ribu: Pilih kotak semak Pemisah Ribu.
Gunakan nombor negatif bergaya akaun: Pilih kotak semak Gaya Perakaunan untuk memaparkan nilai negatif dalam tanda kurung.
Klik menu timbul Mata Wang, kemudian pilih simbol mata wang, seperti Dolar AS ($).
Peratusan
Secara lalai, sel yang diformatkan sebagai peratusan memaparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taipkan ke dalamnya. Anda boleh menukar seting ini agar semua sel memaparkan bilangan tempat perpuluhan yang sama.
Perubahan pada seting perpuluhan digunakan pada peratusan dan juga nombor dalam julat sel yang dipilih. Contohnya, jika anda menukar format sel daripada peratusan kepada perpuluhan, bilangan tempat perpuluhan yang dipaparkan tidak berubah.
Dalam bar sisi Format , klik tab Sel.
Klik menu timbul Format Data, kemudian pilih Peratusan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Setkan bilangan tempat perpuluhan: Dalam medan Perpuluhan, taipkan bilangan tempat perpuluhan yang anda mahu dipaparkan. Keynote akan membundarkan nilai paparan berbanding memangkas nilai paparan. Sebagai contoh, jika nilai dalam sel “5.75” dan anda mengesetkan bilangan tempat perpuluhan kepada 0 (sifar), Keynote memaparkan “6”.
Paparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taipkan dalam setiap sel: Padamkan nombor dalam medan Perpuluhan atau klik anak panah bawah Perpuluhan sehingga anda mencapai seting Auto.
Tentukan cara nilai negatif dipaparkan: Klik menu timbul di sebelah kanan medan Desimal, kemudian pilih pilihan.
Tunjukkan pemisah ribu: Pilih kotak semak Pemisah Ribu.
Jika anda memformatkan sel yang sudah mengandungi peratusan, nilai dianggap perpuluhan dan ia ditukarkan kepada peratusan. Contohnya, 3 menjadi 300%.
Jika nilai peratusan digunakan dalam formula, versi nombor perpuluhannya akan digunakan. Sebagai contoh, nilai yang dipaparkan sebagai 3% digunakan sebagai 0.03 dalam formula.
Tarikh dan masa
Dalam bar sisi Format , klik tab Sel.
Klik menu timbul Format Data dan pilih Tarikh & Masa.
Klik menu timbul Tarikh, kemudian pilih format.
Sekiranya anda memilih Tiada, tiada tarikh dipaparkan dalam sel, walaupun tarikh dimasukkan dan digunakan dalam pengiraan tarikh dan masa.
Klik menu timbul Masa, kemudian pilih format.
Sekiranya anda memilih Tiada, tiada masa dipaparkan dalam sel, walaupun masa dimasukkan dan digunakan dalam pengiraan tarikh dan masa.
Jika anda tidak memasukkan tarikh dan masa, Keynote menambah nilai lalai untuk anda. Sebagai contoh, jika anda menaip “1:15 PTG”, Keynote menambah tarikh hari ini secara lalai.
Tempoh (unit masa)
Secara lalai, sel yang mengandungi data tempoh diformatkan secara automatik untuk memaparkan semua unit masa yang anda masukkan. Anda boleh menukar seting ini supaya sel tempoh memaparkan hanya unit masa yang tertentu (contohnya, hanya jam, bukan minit, saat atau milisaat), walaupun nilai tempoh yang lebih tepat telah dimasukkan ke dalam sel dan digunakan dalam formula yang membuat pengiraan berdasarkan unit masa.
Dalam bar sisi Format , klik tab Sel.
Klik menu timbul Format Data, kemudian pilih Tempoh.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Tunjukkan atau sembunyikan label unit masa: Klik Unit Automatik, klik menu timbul Gaya, kemudian pilih pilihan:
0: Menyembunyikan semua label unit masa.
0m: Memaparkan label unit masa sebagai singkatan—contohnya, "m" untuk minit.
0 minggu: Memaparkan label unit masa yang dieja penuh.
Paparkan unit yang sama dalam semua sel tempoh: Klik Unit Tersuai, kemudian klik unit di hujung kanan atau kiri pemilih julat untuk merangkumi tempoh masa yang anda mahu gunakan, daripada minggu (mn) kepada milisaat (ms).
Jika anda menukar format selepas anda memasukkan data dalam sel, data dilaraskan secara automatik ke format tempoh baharu yang anda telah setkan.
Anda juga boleh mencipta format sel tersuai untuk memaparkan data lain, seperti nombor telefon. Lihat Cipta format sel tersuai dalam Keynote pada Mac.