Gunakan iCloud Drive dengan Keynote pada Mac
Apabila iCloud Drive diaktifkan untuk peranti anda, iCloud Drive menyimpan pembentangan anda dan memastikannya kekal terkini pada komputer, peranti iOS dan peranti iPadOS anda yang mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Anda sentiasa melihat versi terkini pembentangan anda, tidak kira tempat anda membuat pengeditan terakhir anda.
Untuk penyelarasan lancar pembentangan, gunakan iCloud Drive dan peranti yang memenuhi keperluan sistem minimum: OS X 10.10, iOS 8, atau iPadOS 13. Pada iPhone atau iPad, item yang disimpan dalam iCloud Drive muncul dalam pengurus pembentangan.
Anda juga boleh menggunakan Keynote untuk iCloud untuk cipta dan edit pembentangan Keynote menggunakan pelayar web yang disokong pada Mac atau komputer Windows.
Sediakan iCloud Drive pada Mac anda
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian lakukan satu daripada yang berikut:
Jika anda telah mendaftar masuk pada Mac anda dengan Apple ID: Klik Apple ID (di sebelah kanan nama anda). Dengan macOS Catalina 10.15 atau lebih awal, klik iCloud.
Jika anda tidak mendaftar masuk dengan Apple ID: Klik Daftar Masuk, masukkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian ikuti arahan.
Jika anda tidak mempunyai Apple ID: Klik Cipta Apple ID untuk mendapatkannya, kemudian daftar masuk.
Penting: Jika anda terlupa Apple ID anda atau kata laluannya, anda boleh memulihkannya pada tapak web Apple ID. Walaupun anda boleh mempunyai lebih daripada satu Apple ID, ia tidak disyorkan. Pembelian yang dibuat menggunakan satu Apple ID tidak boleh digabungkan dengan pembelian yang dibuat menggunakan Apple ID lain.
Pilih kotak semak iCloud Drive.
Dengan macOS Catalina 10.15 atau lebih baru, jika anda tidak melihat kotak semak, klik iCloud dalam lajur di sebelah kiri.
Klik Pilihan bersebelahan kotak semak iCloud Drive, kemudian pilih kotak semak Keynote.
Apabila iCloud Drive dinyahaktifkan untuk Keynote pada Mac anda, pembentangan baru yang anda cipta atau pengeditan yang anda lakukan tidak disimpan ke iCloud. Begitu juga, pembentangan baru yang anda cipta atau pengeditan yang anda lakukan pada pembentangan pada peranti anda atau pada komputer anda yang lain tidak tersedia dalam Keynote pada Mac anda.
Buka Keynote untuk app web iCloud
Pembentangan yang anda cipta menggunakan Keynote untuk iCloud tersedia secara automatik dalam Keynote pada Mac, iPhone dan iPad anda yang disediakan untuk menggunakan iCloud dan mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Begitu juga, jika anda mencipta pembentangan menggunakan Keynote pada iPhone, iPad atau Mac, pembentangan muncul secara automatik dalam Keynote untuk iCloud.
Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda dan menggunakan iCloud Drive.
Untuk menyemak, pergi ke menu Apple > Keutamaan Sistem > Apple ID > iCloud, klik Pilihan bersebelahan kotak semak iCloud Drive, kemudian pastikan kotak semak Keynote dipilih. Jika anda tidak melihat Pilihan, pastikan kotak semak iCloud Drive dipilih.)
Pada komputer Mac atau Windows anda, pergi ke iCloud.com dan daftar masuk menggunakan Apple ID yang sama.
Klik Keynote.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan Keynote untuk iCloud, lihat Bantuan Keynote untuk iCloud.
Petua untuk menguruskan pembentangan merentas peranti
Di bawah ini ialah beberapa perkara yang perlu diingati tentang menggunakan iCloud untuk menguruskan pembentangan anda merentas peranti:
Jika anda mengedit kemudian menutup pembentangan semasa anda tidak disambungkan ke internet, anda akan melihat ikon awan bersebelahan imej kecil pembentangan dalam dialog Buka pada Mac anda. Pada kali seterusnya anda bersambung ke internet, pembentangan yang diedit akan disimpan dalam iCloud Drive.
Jika anda edit pembentangan pada berbilang komputer atau peranti dan tidak memberikan masa untuk pengeditan anda diselaraskan, anda akan melihat konflik. Jika anda menghadapi konflik, anda boleh memilih untuk mengekalkan sebarang atau semua versi tersebut. (Ini hanya tertakluk pada pembentangan yang tidak dikongsikan dengan lain).
Jika anda padamkan pembentangan yang dikongsi dengan anda, ia juga dipadamkan daripada iCloud Drive dan Keynotes pada semua peranti anda. Anda boleh klik lagi pautan dikongsi itu untuk menambah semula pembentangan itu ke iCloud Drive anda, menjadikannya tersedia semula pada semua komputer dan peranti anda dengan iCloud diaktifkan.
Jika anda menggunakan folder untuk menyusun pembentangan anda, susunan folder yang sama digunakan pada semua peranti anda.
Jika anda menambah kata laluan pada pembentangan pada satu peranti, kata laluan tersebut diperlukan untuk membuka pembentangan pada semua peranti anda.