Siarkan pembentangan anda dalam blog dengan Keynote pada Mac
Anda boleh menyiarkan pembentangan pada Medium atau WordPress supaya pembaca boleh klik menerusi pembentangan (tanpa animasi dan elemen interaktifnya) menggunakan pemain dalam blog. Sebarang perubahan anda buat pada pembentangan dalam Keynote digambarkan secara automatik dalam versi terbenam.
Untuk melihat pembentangan versi penuh, pembaca boleh membukanya dalam Keynote, di mana mereka juga boleh mengeditnya jika anda mengeset keizinan perkongsian kepada benarkan pengeditan (bukannya melihat sahaja). Dalam kes ini, sebarang perubahan dibuat oleh penonton juga digambarkan dalam pembentangan terbenam.
Untuk menyertakan pembentangan interaktif dalam siaran blog, anda perlu berkongsi pembentangan, kemudian menambah pautan kepadanya dalam siaran anda.
Siarkan pembentangan dalam blog
Untuk menyiarkan pembentangan, anda mesti mendaftar masuk pada komputer anda dengan Apple ID anda dan Keynote mesti disediakan untuk menggunakan iCloud Drive.
Dengan pembentangan dibuka dalam Keynote, klik dalam bar alat.
Jika pembentangan ini telah dikongsikan, butang Bekerjasama mempunyai tanda semak atau nombor dan bukannya tanda tambah.
Pilih pilihan dalam dialog yang muncul:
Siapa boleh akses: Klik menu timbul pertama dan pilih “Sesiapa dengan pautan”.
Keizinan: Klik menu timbul kedua dan pilih “Lihat sahaja” jika anda tidak mahu orang yang anda kongsikan boleh mengubah pembentangan; jika tidak, pilih “Boleh membuat perubahan”.
Nota: Jangan tambah kata laluan; jika anda tambah, pautan yang anda benamkan tidak akan berfungsi.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika pembentangan belum dikongsi: Klik Salin Pautan, kemudian klik butang Kongsi.
Apabila mesej Memulakan Kerjasama ditutup, pautan ke pembentangan anda telah disalin ke papan klip anda.
Jika pembentangan telah dikongsi: Klik Hantar Pautan, Klik Salin Pautan, kemudian klik Teruskan.
Pautan ke pembentangan anda disalin ke papan klip.
Dengan siaran blog anda terbuka, klik untuk meletakkan titik sisipan di garisan baru di mana anda mahu pautan muncul, tekan Command-V untuk menampal pautan ke dalam siaran, kemudian tekan Return.
Apabila anda terbitkan, pemain muncul dalam siaran. Penonton boleh mengetik atau klik menerusi pembentangan anda dalam blog atau gunakan butang Buka dalam Keynote untuk membuka pembentangan versi interaktif sepenuhnya.