Gantikan teks secara automatik dalam Keynote pada Mac
Anda boleh setkan Keynote untuk menggantikan teks tertentu secara automatik dengan teks yang anda tentukan. Contohnya, anda boleh membuatkan Keynote menggantikan teh dengan the atau (c) dengan © semasa anda menaip.
Anda juga boleh menggantikan semua tika teks tertentu dalam pembentangan anda dengan teks lain yang anda tentukan.
Gantikan teks semasa anda menaip
Pilih Keynote > Keutamaan (daripada menu Keynote di bahagian atas skrin anda).
Klik Pembetulan Auto di bahagian atas tetingkap keutamaan.
Dalam bahagian Penggantian, pilih kotak semak bersebelahan “Penggantian simbol dan teks”.
Klik , kemudian taipkan teks yang anda mahu gantikan (seperti “teh”) dalam lajur Gantikan.
Dalam lajur Dengan, taipkan perkataan yang anda mahu gantikannya (seperti “the”).
Anda juga boleh menggunakan emoji dan simbol sebagai penggantian.
Tekan Return untuk menyimpan perubahan.
Penggantian teks ini hanya digunakan untuk Keynote.
Gantikan teks tersedia dalam pembentangan
Jika anda mahu menggantikan teks tertentu yang kelihatan di berbilang tempat dalam pembentangan, anda boleh menambah teks penggantian pada keutamaan Papan Kekunci komputer anda, kemudian gunakan tetingkap Penggantian untuk menggantikan teks di tempat ia berlaku.
Dengan pembentangan terbuka, pilih Edit > Penggantian > Tunjukkan Penggantian (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda).
Dalam tetingkap Penggantian, pilih kotak semak Penggantian Teks, kemudian klik Keutamaan Teks.
Anak tetingkap Teks pada keutamaan Papan Kekunci terbuka (ia sebahagian daripada Keutamaan Sistem komputer anda).
Klik tab Teks.
Klik , kemudian taipkan teks yang anda mahu gantikan (seperti change) dalam lajur Gantikan.
Taipkan perkataan yang anda mahu gantikannya (seperti modify) dalam lajur Dengan.
Selepas entri terakhir anda, tekan Return, kemudian tutup tetingkap keutamaan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Gantikan semua kejadian teks: Dalam tetingkap Penggantian, klik Gantikan Semua. Jika anda mempunyai penggantian lain dalam keutamaan Papan Kekunci, ia juga digunakan pada pembentangan anda.
Gunakan penggantian pada teks tertentu: Pilih teks yang anda mahu ubah suai, kemudian dalam tetingkap Penggantian, klik Gantikan dalam Pilihan.
Nota: Seting penggantian dalam keutamaan Papan Kekunci digunakan untuk aplikasi lain pada komputer anda, seperti TextEdit, Pages dan Numbers apabila penggantian teks diaktifkan.