Tukar seting pembentangan dikongsi dalam Keynote pada iPhone
Jika anda pemilik pembentangan yang dikongsi dengan orang lain, anda boleh melihat atau menukar seting akses dan keizinannya pada bila-bila masa.
Jika akses pembentangan disetkan ke “Hanya orang yang anda jemput,” anda juga boleh setkan kebenaran yang berbeza untuk setiap orang.
Lihat akses dan keizinan
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika pembentangan terbuka: Ketik .
Jika pembentangan tertutup: Dalam pengurus pembentangan atau app Fail, buka folder Keynote dalam iCloud Drive, ketik Pilih di penjuru kanan atas, ketik pembentangan (tanda semak muncul), ketik di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tunjukkan Orang.
Senarai peserta muncul. Peserta boleh mengedit pembentangan kecuali anda melihat Lihat Sahaja di bawah nama mereka.
Jika anda ialah pemilik, ketik Pilihan Perkongsian untuk melihat ringkasan seting akses dan keizinan.
Untuk melihat keizinan untuk individu, ketik nama.
Tukar akses untuk semua orang
Jika anda pemilik pembentangan, anda boleh mengubah akses pada bila-bila masa, tetapi sesiapa yang anda kongsikan pautan akan terjejas. Ini adalah hasil mengubah seting:
Daripada “Hanya orang dijemput” ke “Sesiapa dengan pautan”: Orang yang anda jemput pada asalnya masih boleh membuka pembentangan, bersama dengan orang lain yang mempunyai pautan. Mereka tidak perlu mendaftar masuk dengan alamat e-mel atau nombor telefon yang anda gunakan untuk menghantar pautan.
Daripada “Sesiapa dengan pautan” ke “Hanya orang dijemput”: Pautan asal tidak lagi berfungsi untuk sesiapa. Hanya orang yang menerima jemputan daripada anda dan orang yang mendaftar masuk dengan Apple ID mereka boleh mengakses pembentangan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika pembentangan terbuka: Ketik .
Jika pembentangan tertutup: Dalam pengurus pembentangan atau app Fail, buka folder Keynote dalam iCloud Drive, ketik Pilih di penjuru kanan atas, ketik pembentangan (tanda semak muncul), ketik di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tunjukkan Orang.
Ketik Pilihan Perkongsian, kemudian ketik seting akses yang anda inginkan.
Sesiapa sahaja yang membuka pembentangan apabila anda mengubah seting melihat isyarat dan jika perubahan anda menyebabkan orang itu hilang akses ke pembentangan, ia ditutup serta-merta. Jika tidak, seting baru memberi kesan apabila mereka menutup isyarat.
Tukar keizinan untuk semua orang
Jika anda adalah pemilik pembentangan dikongsi dengan akses disetkan ke “Hanya orang anda jemput”, anda boleh mengubah kebenaran semua orang dengan cepat.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika pembentangan terbuka: Ketik .
Jika pembentangan tertutup: Dalam pengurus pembentangan atau app Fail, buka folder Keynote dalam iCloud Drive, ketik Pilih di penjuru kanan atas, ketik pembentangan (tanda semak muncul), ketik di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tunjukkan Orang.
Ketik Pilihan Perkongsian, kemudian ketik seting keizinan yang anda mahukan.
Sesiapa yang membuka pembentangan semasa anda mengubah kebenaran akan melihat isyarat. Seting baru memberi kesan apabila mereka menutup isyarat.
Tukar keizinan atau keluarkan akses untuk satu peserta
Jika anda adalah pemilik pembentangan dikongsi dengan akses disetkan ke “Hanya orang anda jemput,” anda boleh mengubah kebenaran individu tanpa menjejaskan kebenaran orang lain. Anda juga boleh mengeluarkan akses mereka ke pembentangan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika pembentangan terbuka: Ketik .
Jika pembentangan tertutup: Dalam pengurus pembentangan atau app Fail, buka folder Keynote dalam iCloud Drive, ketik Pilih di penjuru kanan atas, ketik pembentangan (tanda semak muncul), ketik di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tunjukkan Orang.
Ketik nama seseorang, kemudian ketik pilihan.
Sesiapa yang membuka pembentangan semasa anda mengubah kebenaran mereka akan melihat isyarat. Seting baru akan mula digunakan apabila isyarat ditutup.
Jika anda memilih Keluarkan Akses, orang itu diminta untuk menutup pembentangan dan ianya dikeluarkan dari iCloud Drive mereka. Sebarang perubahan yang mereka lakukan akan kekal.