Siarkan pembentangan anda dalam blog dengan Keynote pada iPhone
Anda boleh menyiarkan pembentangan pada Medium atau WordPress supaya pembaca boleh klik menerusi pembentangan (tanpa animasi dan elemen interaktifnya) menggunakan pemain dalam blog. Sebarang perubahan anda buat pada pembentangan dalam Keynote digambarkan secara automatik dalam versi terbenam.
Untuk melihat pembentangan versi penuh, pembaca boleh membukanya dalam Keynote, di mana mereka juga boleh mengeditnya jika anda mengeset keizinan perkongsian kepada benarkan pengeditan (bukannya melihat sahaja). Dalam kes ini, sebarang perubahan dibuat oleh penonton juga digambarkan dalam pembentangan terbenam.
Untuk menyertakan pembentangan interaktif dalam siaran blog, anda perlu berkongsi pembentangan, kemudian menambah pautan kepadanya dalam siaran anda.
Siarkan pembentangan dalam blog
Untuk menyiarkan pembentangan, anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID anda dan Keynote mesti disediakan untuk menggunakan iCloud Drive.
Dengan pembentangan dibuka dalam Keynote, ketik , kemudian ketik Bekerjasama Dengan Orang Lain.
Jika pembentangan ini telah dikongsikan, butang Bekerjasama mempunyai tanda semak dan bukannya tanda tambah.
Ketik Pilihan Berkongsi di bawah skrin, kemudian pilih pilihan berkongsi:
Siapa boleh akses: Ketik menu timbul dan pilih “Sesiapa dengan pautan”.
Keizinan: Ketik menu timbul dan pilih “Lihat sahaja” jika anda tidak mahu orang yang anda kongsikan boleh mengubah pembentangan; jika tidak, pilih “Boleh membuat perubahan”.
Nota: Jangan tambah kata laluan; jika anda tambah, pautan yang anda benamkan tidak akan berfungsi.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Jika pembentangan belum dikongsi: Ketik Tambah Orang di atas kiri untuk kembali ke skrin sebelumnya, kemudian ketik Salin Pautan.
Apabila mesej Bermula Bekerjasama ditutup, pautan ke pembentangan anda telah disalin ke papan klip anda.
Jika pembentangan telah dikongsi: Ketik Bekerjasama di atas kiri untuk kembali ke skrin sebelumnya, ketik Hantar Pautan, ketik Salin Pautan, kemudian ketik Selesai.
Pautan ke pembentangan anda disalin ke papan klip.
Dengan siaran blog anda terbuka, ketik untuk meletakkan titik sisipan di garisan baru di mana anda mahu pautan muncul, ketik Tampal, kemudian Return.
Apabila anda terbitkan, pemain muncul dalam siaran. Penonton boleh mengetik atau klik menerusi pembentangan anda dalam blog atau gunakan butang Buka dalam Keynote untuk membuka pembentangan versi interaktif sepenuhnya.